Siapa yang tidak mahu kekal muda lebih lama dan jika boleh mahu mengelak diri dari menjadi tua. Tidak kira kita semua mahu menjadi lebih muda dari segi tahap kesihatan dan juga penampilan. Kajian saintifik menunjukkan dengan menguji 1,000 orang yang berusia 38 tahun telah mendapati ada di antara mereka dapat dilihat seperti seorang yang berusia 20-an, manakala ada pula yang mempunyai kesihatan seperti seorang yang telah tua.

Menurut kajian yang dijalankan, keadaan genetik memainkan peranan sebanyak 20%, di samping faktor persekitaran dan gaya hidup yang mengambil peranan lebih besar.

Di bawah adalah antara cara dan petua yang mungkin dapat mengurangkan proses penuaan dan nampak kekal muda untuk tempoh lebih lama.

1. Urus tahap stres anda dengan baik.

Kredit foto: Depositphotos.com / Depositphotos.com

Ahli biologi Elizabeth Blackburn telah menemui telomeres (hujung kromosom) yang bertanggungjawab kepada proses penuaan di dalam sel badan kita. Lebih pendek telomeres itu, lebih cepat kita berusia. Stres yang kronik telah menyebabkan telomeres menjadi lebih pendek. Atas sebab ini, adalah penting kita menguruskan tahap stres dengan lebih baik.

Meditasi merupakan salah satu cara merendahkan tahap stres dan anda akan berasa lebih tenang. Ia juga membantu menghalang telomeres menjadi pendek. Kelas yoga contohnya dapat mengurangkan stres dan menangani situasi dan fikiran negatif.

2. Bergaul bersama orang yang anda sayangi dan sukai.

Kredit foto: Depositphotos.com / Depositphotos.com

Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Elizabeth Blackburn juga telah membuktikan mereka yang hidup dengan selamat dan mesra komuniti akan mempunyai telomeres yang panjang. Jadi, laburkan usia anda dengan bergaul secara aktif di kejiranan dan ambillah kesempatan daripadanya.

Kajian lain juga mendapati pasangan yang telah berkahwin dan mereka yang sentiasa mengekalkan tali persahabatan mempunyai telomeres yang lebih panjang, Ini bermakna proses penuaan mereka sedikit perlahan berbanding orang lain. Kajian juga menyarankan nombor optima mempunyai rakan-rakan baik untuk berasa kekal sihat ialah enam.

3. Anda akan hidup lebih lama jika makan dengan seimbang dan kurang.

Kredit foto: Depositphotos.com / Depositphotos.com

Apabila seseorang makan dengan kurang, ia akan memperlahankan metabolisme dan membantunya nampak muda dengan lebih lama. Kajian penyelidik ke atas dua kumpulan monyet selama dua tahun mendapati kumpulan monyet yang makan dengan kalori yang rendah didapati hidup lebih lama dan kekal sihat.

Anda boleh memperbaiki cara makan dan mengamalkan diet. Elakkan dari mengambil makanan berproses kerana kandungan fosfat yang terkandung di dalam makanan berproses akan mempercepatkan proses penuaan. Sebaliknya makan makanan dengan sumber anti-penuaan seperti beri biru, coklat gelap, kekacang, ikan salmon, kunyit, avokado dan sebagainya. Dengan berbuat demikian anda akan merendahkan risiko mendapat penyakit jantung, melindungi kulit dan penglihatan serta memperbaiki sistem badan yang lain.

Kajian dari Universiti Scranton menunjukkan kacang walnut mengandungi unsur antioksidan paling tinggi. Dengan memakan 3 biji kacang walnut sehari, anda akan menjadi lebih sihat dan nampak muda. Juga kurangkan pengambilan gula dan hentikan meminum air soda dan alkohol.

4. Sentiasa melatih otak menjadi aktif.

Kredit foto: BRIGHT SIDE

Senaman itu amat penting, tetapi jangan lupa juga melatih otak anda supaya sentiasa aktif. Bacalah buku, mempelajari bahasa asing dan bermain permainan yang melibatkan aktiviti minda dan berfikir. Menjadikan otak anda aktif bekerja akan melambatkan proses penuaan. Kajian terbaru menunjukkan proses pembelajaran akan meningkatkan jumlah neuron yang membantu otak anda kekal muda.

5. Bertukar kepada alat kosmetik dari bahan semula jadi.

Kredit foto: Depositphotos.com / Depositphotos.com

Cuba kurangkan menggunakan alat solek kerana paraben yang terkandung di dalam kosmetik akan menganggu estrogen dan membuang kesuburan wanita menjadi penuaan pramatang. Anda boleh menukar alat solek kepada yang lebih semulajadi dan mesra alam. Sekiranya anda seorang yang suka memakai alat solek setiap hari dan tidak boleh meninggalkan wajah tanpa solekan, pastikan anda menanggalkan solekan dan mencuci muka dengan bersih setiap hari.

6. Dedahkan diri kepada sinaran matahari pagi selama 15 minit sehari.

Kredit foto: Depositphotos.com

Bagi mengelakkan mengguna krim pelindung SPF di wajah, pakar dan penyelidik penyakit kanser di United Kingdom menyarankan kita patut mendedahkan diri kepada cahaya matahari terutama di waktu pagi selama sekurang-kurangnya 15 minit sehari tanpa menggunakan krim pelindung. Ini akan membantu anda mendapat vitamin D secara semulajadi tanpa mengalami risiko mendapat penyakit kanser.

7. Menari dengan lebih kerap.

Kredit foto: Depositphotos.com / Ignas Kukenys / Wikimedia Commons

Kajian terbaru mendapati tarian merupakan jenis senaman yang sangat efektif bagi melambatkan proses penuaan, terutama dengan menari beberapa rutin koreografi.

8. Masuk tidur sejam lebih awal.

Kredit foto: Depositphotos.com / Depositphotos.com

Mempunyai waktu tidur yang tetap dan betul adalah sangat penting. Pakar berkata waktu tidur di antara jam 11 malam dan 3 pagi bertanggungjawab membekalkan nutrisi dan proses pemulihan pada tubuh badan. Atas sebab ini adalah amat penting bagi anda untuk masuk tidur selewat-lewatnya jam 11 malam. Seorang itu perlu mendapat tidur yang berkualiti selama 7 hingga 8 jam. Kekurangan tidur akan memberi kesan kepada tubuh badan dan juga rupa paras kita.

Kajian dari Sekolah Perubatan Harvard mendapati mereka yang tidur kurang dari 7 jam sehari dan mula masuk tidur sejam lebih awal telah mengalami perubahan dalam tekanan darah mereka. Tidur yang berkualiti juga membantu mengurangkan risiko mendapat strok dan penyakit jantung.

9. Tambah lebih vitamin dalam diet anda.

Kredit foto: Depositphotos.com / Depositphotos.com

Antioksidan dapat menghalang radikal bebas yang disebabkan oleh cahaya matahari atau tabiat merokok daripada merosakkan sel di dalam tubuh badan kita. Satu cara mengatasi masalah penuaan ialah dengan menggunakan krim muka mengandungi antioksidan. Atau anda boleh mengambilnya melalui makanan yang mengandungi selenium, vitamin E dan C serta omega-3. Nutrien ini mampu memperbaiki fungsi jantung, meningkatkan sistem imun serta pertumbuhan rambut dan kulit disamping melambatkan proses penuaan.

Apa pendapat anda dengan petua mengekalkan tahap kesihatan dan penampilan agar kelihatan muda di atas? Adakah anda mempunyai apa-apa petua awet muda sebagai rutin harian? Kongsikan bersama kami.

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds