INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Anak kucing berkaki tiga ini bergelut untuk meneruskan kehidupannya, namun segalanya berubah setelah bertemu dengan teman hidupnya

Anak kucing berkaki tiga ini bergelut untuk meneruskan kehidupannya, namun segalanya berubah setelah bertemu dengan teman hidupnya

Seekor anak kucing kecil yang hanya berusia beberapa minggu datang ke tempat perlindungan dengan kaki depan yang tempang. Mereka tidak dapat menyelamatkan kakinya tetapi berjaya menyelamatkan nyawanya. Ia diberi nama Violet.

Nadija @tiny.paws.fosters

Tujuh bulan yang lalu Purrfect Match, Inc., sebuah kumpulan penyelamat sukarela di Sarasota, Florida, mengambil anak kucing daripada pusat perlindungan daerah. “Ia mengalami kerosakan saraf yang mungkin disebabkan oleh pemangsa atau impak yang sangat berat,” kata penyelamat itu.

Nadija, seorang sukarelawan, berada di tempat perlindungan tersebut mendengar suara kucing yang sangat kuat datang daripada salah satu sangkar.

“Saya pergi untuk melihat dan mendapati seekor anak kucing berdiri dengan tiga kakinya, yang kelihatan dahagakan perhatian dan kasih sayang, saya langsung mengeluarkannya dari sangkar dan meletakkannya di dada saya. Saya membawanya pulang bersama saya hari itu, “kata Nadija kepada Love Meow.

Nadija @tiny.paws.fosters

Anak kucing kecil itu tidak biasa untuk berjalan dengan tiga kaki pada permulaan pemulihannya. “Ia mempunyai masa yang sangat sukar untuk menyesuaikan hidup dengan tiga kaki, ia akan cuba berjalan, kehilangan keseimbangan, jatuh dan ‘meow’ untuk saya menjemputnya,” tambah Nadija kepada Love Meow.

“Bukan sahaja ia bergelut untuk berjalan menggunakan tiga kakinya, tetapi ia juga mengalami jangkitan pernafasan (URI) yang nyaris menjejaskan salah satu daripada matanya.”

Nadija @tiny.paws.fosters

Ketika Violet sedang cuba menyesuaikan diri dengan hidup sebagai kucing berkaki tiga, ia bertemu Logan, anak kucing ‘ginger’ yang mempunyai nasib yang sama, dan pertemuan itu membuat hidup mereka mula berubah.

Nadija @tiny.paws.fosters

Sama seperti Violet, Logan berjalan terenjut-enjut kerana tulang-tulang di sikunya bersatu bersama, tetapi ia tidak menyebabkannya sakit.

Nadija @tiny.paws.fosters

“Violet menjadi lebih suka bermain, berani dan ingin tahu setelah bertemu dengan Logan, ” kata Nadija kepada Love Meow.

Kedua-duanya mula bermain bersama-sama dan berpelukan.

Nadija @tiny.paws.fosters

Nadija @tiny.paws.fosters

“Beberapa minggu kemudian, kami memutuskan untuk mencari rumah untuk mereka bersama kerana mereka tidak dapat dipisahkan,” kata Nadija kepada Love Meow.

Nadija @tiny.paws.fosters

Pada masa itu, Nadija mempunyai kucing lain yang bernama Dexter. Dexter menyukai kedua-dua anak kucing tersebut, dan mereka bertiga menjadi kawan rapat.

Nadija @tiny.paws.fosters

“Selepas beberapa bulan dalam penjagaan keluarga angkat, terdapat satu keluarga datang untuk berjumpa dengan mereka. Mereka jatuh cinta dengan Violet dan Logan dan memutuskan untuk memelihara mereka,” kata Nadija kepada Love Meow.

Apabila mereka mendengar bahawa Dexter adalah kawan baik dengan kedua-duanya, mereka tidak dapat meninggalkannya di belakang. “Mereka juga mengambil kawan baiknya, Dexter! Itu khabar gembira untuk mereka tinggal bersama-sama.”

Nadija @tiny.paws.fosters

“Mereka kini menjalani kehidupan yang dimanjakan bersama keluarga mereka di Sarasota.”

Nadija @tiny.paws.fosters

Tonton perjalanan hidup Violet dalam video comel ini:

 

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...