Kucing datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang berbulu kembang, bentuk mukanya lonjong, berbadan gempal dan macam-macam lagi.

Oleh kerana kucing merupakan salah satu spesies haiwan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, DailyPurrr telah mencipta satu akaun Instagram yang menghasilkan ‘lukisan-lukisan aneh mengenai kegiatan harian kucing’.

Daripada bersantai di sofa, menggelongsori tangga dan bermacam-macam lagi, keletah kucing yang dikaryakan dalam satu lukisan ini sungguh padat dengan kelucuan!

“Saya gemarkan keringkasan dalam sesuatu seni dan sentiasa mahu melukis perkara yang mudah untuk dikongsikan dengan orang ramai,” ujar Ainars, lelaki di sebalik DailyPurrr.

Selain menghasilkan lukisan yang berinspirasikan kepada kucing-kucing terkenal di internet, Ainars yang berasal dari Latvia turut menghasilkan karya daripada gambar-gambar kucing yang dihantar oleh pengikutnya.

“Ada satu masa saya minta pengikut untuk hantarkan gambar kucing mereka, saya dapat lebih daripada 150 mesej dalam satu hari. Saya akan memilih gambar-gambar yang aneh, muka kucing yang kelakar, berdasarkan kepada situasi yang menarik dan sebagainya”.

Lihat beberapa gambar hasil karya Ainars. Anda pasti terhibur melihatnya!

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13

#14

#15

Sumber: boredpanda

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Galeri Foto HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds