Ujian MRI dan sinar X digunakan oleh doktor di seluruh dunia untuk mendiagnosis semua jenis penyakit. Tetapi pernahkah anda memikirkan kaedah yang digunakan pada zaman purba untuk mendiagnosis penyakit dengan cepat?

Lazimnya, mereka mendapat tahu tentang sesuatu penyakit dengan menilik keadaan muka seseorang. Seperti ajaran Ayurveda yang digelar sebagai “Pemetaan Wajah”, mereka akan menganalisis setiap bahagian wajah kerana dikatakan setiap bahagian wajah mempunyai perkaitan dengan organ tertentu di dalam badan.

Oleh itu, mari kita lihat jenis penyakit yang boleh dikenal pasti dengan meneliti bahagian wajah.

1. Bahagian dagu yang menyurut

Kredit: Depositphotos

Bahagian dagu yang surut biasanya dianggap sebagai salah satu proses penuaan. Walau bagaimanapun, bahagian dagu yang surut juga boleh disebabkan oleh genetik anda. Penyebab lain yang diketahui adalah mungkin disebabkan oleh rentetan Pierre Robin dan sindrom Treacher Collins, yang dijumpai pada bayi kecil, yang mengganggu pernafasan mereka.

Sesetengah doktor mencadangkan agar si pengidap memakai pendakap untuk membawa dagu kembali di tempatnya, terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan gigitan berlebihan (susunan gigi yang tidak teratur).

2. Rambut yang tumbuh secara berlebihan

Kredit: Depositphotos

Rambut yang tumbuh di tempat yang tidak diingini telah mengganggu wanita selama berabad-abad lamanya. Rambut yang tumbuh di wajah wanita seringkali menjadi perhatian, dan wanita-wanita ini sering menghabiskan banyak masa dan wang bagi mengeluarkan rambut yang tidak diingini ini.

Sekiranya anda adalah salah seorang daripada wanita ini, kami ingin menjadi orang pertama yang memberitahu anda bahawa ia mungkin bukan sebahagian dari tugas juru kecantikan. Malah, terdapat masalah kesihatan di sebalik masalah anda ini.

Rambut muka dan rambut di bahagian lain badan yang kelihatan gelap dan kasar boleh disebabkan oleh keadaan yang disebut sebagai hirsutism. Jenis rambut ini mempunyai hubungan dengan hormon lelaki, dan juga boleh juga disebabkan oleh faktor keturunan. Masalah ini kebanyakannya ditemui dalam kalangan wanita Mediterranean, Asia Selatan, dan Timur Tengah.

3. Warna kulit yang pucat

Kredit: Depositphotos

Perubahan warna kulit bukan masalah yang luar biasa. Ramai orang yang mempunyai warna kulit yang pucat dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan anemia. Walau bagaimanapun, masalah ini mungkin memerlukan sedikit perhatian. Sekiranya warna kulit yang pucat itu hanya berada pada sesetengah bahagian sahaja, bermakna ia berada di bahagian tertentu pada badan seperti muka atau anggota badan, anda perlu berjumpa dengan doktor anda dengan serta-merta.

Kulit yang pucat warnanya boleh disebabkan oleh masalah pengaliran darah yang berkurangan, tahap oksigen yang rendah dalam badan atau penurunan bilangan sel darah merah. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran seperti kurang pendedahan cahaya matahari, radang dingin (frostbite) atau tekanan darah yang sangat rendah.

4. Bibir merekah

Kredit: Depositphotos

Bibir kita semua lazimnya akan merekah dari semasa ke semasa akibat kekeringan dan dehidrasi yang berlebihan, terutamanya pada musim sejuk. Walau bagaimanapun, bibir yang merekah mungkin juga disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius. Jika keadaan bibir anda tidak bertambah baik walaupun telah melakukan beberapa rawatan, ia mungkin menunjukkan petanda yang tidak baik.

Keadaan bibir merekah yang berterusan boleh disebabkan oleh cheilitis atau virus herpes. Cheilitis disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, yang seterusnya menyebabkan garis putih nipis terbentuk di garis luaran bibir.

Jika tidak dirawat, cheilitis boleh menjadi kanser kulit. Virus herpes pula boleh menyebabkan bengkak di sekitar bibir bersama-sama dengan kulit yang kering dan mengelupas. Virus ini boleh berjangkit dan perlu diambil serius.

5. Tahi lalat (bintik hitam pada wajah)

Kredit: Depositphotos

Tahi lalat pada wajah dianggap sejenis pertumbuhan yang tidak berbahaya pada tubuh manusia. Walau bagaimanapun, jika anda menemui tahi lalat yang muncul secara tiba-tiba, berikan perhatian yang lebih kepadanya. Mana-mana tahi lalat yang tumbuh dengan tidak simetri, mempunyai rambut yang tumbuh daripadanya, mempunyai warna yang berlainan atau berdiameter lebih dari 6 milimeter, anda harus mendapatkan penelitian daripada doktor.

Walau bagaimanapun, terdapat berita baik! Sekiranya anda mempunyai sejumlah tahi lalat yang banyak, ia dikatakan boleh membantu anda untuk kelihatan muda dengan lebih lama.

6. Luka kecil

Kredit: Depositphotos

Biasanya, anda akan mendapat luka ini di sekitar bibir atau di bahagian pembukaan hidung anda. Ia adalah luka sejuk dan umumnya disebabkan oleh virus herpes jenis 1. Walaupun boleh dirawat, ianya cenderung kembali lagi dan lagi. Menurut para doktor, luka ini akan tetap muncul dan biasanya dicetuskan oleh tahap kesihatan yang tidak baik, tekanan, keletihan yang berlebihan atau banyak pendedahan kepada cahaya matahari.

Walaupun luka ini lazimnya akan sembuh dengan sendirinya dalam masa 1-3 minggu, namun jika ianya tumbuh dengan besar dan terlalu kerap terjadi, adalah lebih baik sekiranya anda bertemu dengan doktor.

7. Kelumpuhan muka

Kredit: Depositphotos

Istilah “kelumpuhan muka” mungkin terdengar agak menakutkan, maka mari bincangkannya. Kelumpuhan muka pada dasarnya adalah keadaan yang dipanggil Bell’s palsy. Seseorang yang menderita penyakit ini biasanya tidak dapat menggerakkan sebelah bahagian muka mereka. Mereka juga mengadu sakit di bahagian rahang dan di belakang telinga mereka.

Kelumpuhan ini disebabkan oleh sejenis virus yang menekan saraf wajah, sehingga menyebabkan kesakitan dan bengkak. Ia lazimnya terjadi dengan mengambil masa selama beberapa jam atau kadang-kadang beberapa hari dan boleh sembuh dalam masa 3 hingga 6 bulan.

8. Kulit kering

Kredit: Depositphotos

Kulit kering adalah masalah biasa dan rawatannya dianggap normal dalam rutin penjagaan kulit setiap hari. Ia boleh menjadi masalah bermusim atau boleh disebabkan oleh kuantiti pelembab yang tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mengabaikan semua masalah kulit kering dan rapuh. Sebahagian daripadanya mungkin disebabkan oleh diet yang tidak baik, hipertiroidisme atau diabetes.

Gunakan amaun pelembab yang mencukupi dan minum banyak air. Jika anda masih tidak dapat menyingkirkan masalah kulit kering pada wajah anda, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk berjumpa dengan doktor.

9. Lingkaran gelap dan bengkak di bawah mata

Kredit: Depositphotos

Mata yang bengkak biasanya dikaitkan dengan masalah tidak cukup tidur atau berjaga sehingga lewat malam. Cuba atasi masalah ini dengan menggantikannya dengan tidur siang yang tangkas dan jadual tidur yang ketat. Sekiranya masalah ini masih berterusan, mungkin terdapat masalah asas yang sebenarnya terjadi. Bengkak pada bahagian ini boleh disebabkan oleh pembentukan cecair di bawah kelopak mata anda. Ianya boleh disebabkan oleh alahan, menangis dalam kuantiti banyak, atau pengambilan garam yang tinggi. Keadaan ini lazimnya boleh menjadi lebih serius dalam cuaca yang panas dan lembap.

10. Nafas berbau

Kredit: Depositphotos

Masalah nafas berbau yang buruk boleh membawa erti masalah kesihatan yang lain selain dari penjagaan kebersihan mulut yang tidak baik. Ia boleh memberi petunjuk bahawa tulang dan jantung anda sedang berada dalam keadaan yang buruk.

Jurnal Perubatan British memetik hasil tulisan penyelidik Scotland pada tahun 2010 yang mengatakan bahawa aktiviti memberus gigi boleh mengurangkan bahaya penyakit jantung. Malah, orang yang kurang memberus gigi berbanding orang yang memberus gigi sebanyak dua kali sehari mempunyai risiko 70% lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

11. Jerawat di bahagian rahang muka

Kredit: Depositphotos

Jerawat, seperti yang kita ketahui, disebabkan oleh lebihan minyak di bawah kulit. Walau bagaimanapun, jerawat di dan sekitar rahang adalah sedikit berbeza kerana ia boleh disebabkan oleh tekanan, perubahan hormon atau ubat-ubatan seperti kontraseptif, antidepresan, vitamin B dan sebagainya.

Jerawat ini boleh menjadi merah dan mengeras atau boleh muncul dalam kumpulan nanah putih di bahagian atas bibir. Pada wanita, jerawat seperti ini juga boleh menjadi gejala PCOS.

12. Kegatalan di telinga

Kredit: Depositphotos

Terdapat banyak punca yang menyebabkan telinga gatal. Menyalahkannya sepenuhnya pada pengumpulan kotoran di dalam telinga adalah tidak betul. Telinga yang gatal juga boleh disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan atau alergi disebabkan oleh pelbagai penggunaan produk.

Dalam keadaan yang lebih serius, gatal-gatal di telinga boleh menjadi petunjuk bagi gejala ekzema atau psoriasis, yang memerlukan rawatan perubatan yang segera.

13. Rambut kusam dan tidak bermaya

Kredit: Depositphotos

Keadaan rambut boleh mengubah rupa mana-mana mukapun. Walau bagaimanapun, hanya segelintir daripada kita sahaja yang bernasib baik kerana mempunyai helaian rambut yang cantik dan berkilat. Adakah benar bahawa ianya disebabkan oleh genetik? Sebenarnya tidak, dan mari kita lihat buktinya.

Rambut rapuh dan kusam boleh menjadi petunjuk tentang diet yang tidak seimbang, dehidrasi atau kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia. Selain itu, kualiti rambut yang merosot juga boleh menunjukkan masalah tiroid yang dihidapi.

14. Garis-garis melintang di dahi

Kredit: Depositphotos

Kita semua akan mendapat garis-garis dan kedut di wajah bergantung pada usia kita. Namun,  tidak semua garis-garis yang muncul ini disebabkan oleh masalah itu sahaja, ia juga boleh menggambarkan tahap kesihatan tubuh.

Garis-garis di muka boleh menggambarkan pelbagai perkara, terutamanya garis yang mendatar. Garis-garis ini dipanggil sebagai garis tekanan, yang bermaksud anda mengalami banyak tekanan. Garis-garis ini juga merupakan petunjuk tentang diet yang buruk. Garis-garis ini dikaitkan secara langsung dengan kesihatan perut anda, jadi jika anda mengambil gula dan lemak yang berlebihan dalam diet anda, garis-garis sebegini akan muncul dengan lebih banyak.

Jika anda mengalami sebarang gejala pada wajah anda seperti yang telah dinyatakan, kini anda tahu apa cuba ‘ditunjukkan’. Adakah anda tahu apa-apa teknik diagnosis yang lain? Kongsikan dengan kami!

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds