GAYA HIDUP, INSPIRASI, Kebudayaan, Pesona, Ria

12 tabiat yang hanya dimiliki oleh orang yang sopan, #12 jarang dimiliki oleh ramai orang

12 tabiat yang hanya dimiliki oleh orang yang sopan, #12 jarang dimiliki oleh ramai orang

Menjaga kesopanan dan tatasusila adalah penting lebih-lebih lagi kita yang tinggal bersama dengan orang lain dan membentuk masyarakat. Peraturan pertama untuk mempraktikkan kesopanan adalah dengan menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain. Oleh yang demikian, kami akan kongsikan 12 tabiat yang hanya dimiliki oleh individu yang bersopan santun.

#1 Membiarkan orang lain duduk dahulu.

© August: Osage County / The Weinstein Company

Dalam etika keusahawanan, anda dianggap menghormati orang lain jika anda kekal berdiri dan membiarkan semua tetamu anda sudah mengambil tempat duduk masing-masing terlebih dahulu. Jika terdapat satu tempat kosong, anda tidak seharusnya duduk sebelum individu yang paling senior duduk.  Jika anda merupakan pekerja termuda dalam sesuatu mesyuarat, anda tidak perlu menunggu orang lain untuk duduk terlebih dahulu. Hal ini kerana ia diinterprestasikan sebagai ‘niat untuk kekal di dalam satu kitaran’, di mana ia tidak begitu baik untuk karier anda.

#2 Mereka suka membantu, tetapi tidak akan membiarkan orang lain mengambil kesempatan.

© The Devil Wears Prada/20th Century Fox

Kesopanan bermaksud menunjukkan rasa hormat, tetapi untuk menghormati orang lain, anda seharusnya belajar untuk menghormati diri anda dahulu. Elok kiranya anda suka membantu rakan sekerja di pejabat kerana mahu menjadi pekerja yang efektif. Tetapi anda harus ingat, usah begitu mudah menjawab ‘baiklah dan ya’ jika orang lain meminta bantuan anda. Hal ini kerana orang lain akan tahu itulah kelemahan anda dan memaksa anda sehingga anda menerima tugasan daripada mereka.

#3 Mereka akan berkongsi nasihat apabila diperlukan, tetapi tidak pernah memutuskan sebarang keputusan untuk anda.

Hal ini sering terjadi ketika seseorang berada di restoran atau memutuskan sesuatu pesanan buat orang lain. Ya, adalah sopan jika anda membantu ketika diperlukan, lebih-lebih lagi jika orang berkenaan meminta anda memilih makanan untuk mereka. Namun, anda harus memesan dengan berhati-hati. Orang yang sopan pasti tahu apa yang digemari dan tidak disukai oleh orang lain.

#4 Mereka tahu saat untuk mendengar tanpa memberikan nasihat.

© Depositphotos.com

Rakan baik misalnya, pasti akan berkongsi masalah peribadi bersama. Namun, ia tidak bermaksud sebarang nasihat adalah tidak diperlukan. Hal ini kerana menasihati orang lain kadang kala mendorong anda untuk mengadili seseorang. Orang yang sopan tidak akan sesekali mengadili individu dan budaya orang lain. Mereka sentiasa sedar bahawa mereka juga tidaklah sesempurna mana.

#5 Mereka memberi pujian, tetapi tidak terhadap penampilan seseorang.

© Depositphotos.com

Memuji kemahiran kerja rakan sekerja atau pencapaian rakan anda adalah sebahagian daripada “kod perniagaan”, tetapi anda tidak sepatutnya memuji atau memberi komen mengenai penampilan, penurunan berat badan, dan sebagainya. Tidak semua orang bersedia untuk menerima pujian tersebut dan sering kali ia membuat mereka berasa mementingkan diri sendiri. Orang yang sopan tidak boleh memuji penampilan orang lain melainkan kawan baik atau keluarga mereka.

#6 Mereka tuan rumah yang hebat, tetapi mereka tidak pernah membersihkan meja terlalu awal.

Ini adalah sesuatu yang sering kita lakukan. Agak elok untuk kita membersihkan sisa makanan dan pinggan kotor daripada meja ketika orang masih. Tetapi sesetengah pakar etika mendakwa bahawa tabiat ini boleh memberi tekanan pada orang lain. Ia kelihatan seperti anda mahu tetamu anda bergegas dan pergi. Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga semua tetamu selesai makan atau gantikan pinggan kosong dengan yang baru. Perkara ini juga harus diambil perhatian oleh pelayan restoran.

#7 Mereka gemar berkomunikasi namun mereka tidak mudah mengangguk sekiranya mereka tidak mendengar apa yang dibicarakan oleh orang lain.

Proses komunikasi adalah penting dan harus dikekalkan terutamanya jika anda di dalam sesebuah majlis penting. Namun, tidak kiralah betapa ramai dan bisingnya persekitaran, orang yang sopan tidak pernah berlakon untuk mendengar apa yang dibicarakan orang lain, walaupun sebenarnya dia benar-benar tidak dengar. Hal ini kerana orang lain sebenarnya perasan jika anda memalsukan reaksi seperti anda mendengarnya. Mungkin anda mahu kelihatan sopan dengan berpura-pura seperti anda mendengar namun ia sebenarnya akan menjarakkan orang lain dengan anda.

#8 Mereka tahu tiba lewat pada majlis adalah tidak baik, dan mereka juga tidak tiba terlalu awal.

© Depositphotos.com

Tiba lebih awal untuk suatu acara bagi membantu orang adalah tidak sopan – ia sebenarnya sama seperti anda tiba lambat. Niat baik anda mungkin akan menghalang tuan rumah untuk bersedia sepenuhnya untuk menjadi tuan rumah. Ini boleh menjadi agak janggal.

#9 Mereka pakar ketika berborak tetapi mereka tidak menyentuh perkara peribadi.

Ya, adalah sangat sopan untuk berbual dengan pekerja baru atau orang yang baru anda jumpa – itu menjadikan anda mesra dan terbuka. Tetapi anda tidak boleh berkongsi kisah hidup anda dengan mereka. Ia boleh membuat orang tidak percaya kepada anda. Orang yang sopan sangat mahir dengan seni membiarkan orang lain menceritakan tentang diri mereka sendiri tanpa anda perlu menceritakan kisah peribadi anda dan mungkin tanpa mereka sedarinya.

#10 Mereka ramah tetapi tidak pernah menyentuh, memeluk atau duduk dalam jarak yang dekat.

© Depositphotos.com

Mungkin anda rasa menyentuh bahu dan tangan orang lain merupakan satu ekspresi yang mesra – anda silap! Orang yang sopan akan menunggu orang lain membenarkan ‘peraturan sentuhan’. Mereka tidak akan menyentuh melainkan mereka yang disentuh dahulu kerana ramai orang yang tidak selesa apabila disentuh oleh orang asing. Ingat jarak yang sesuai ketika berada dengan orang lain (kira-kira setengah depa).

#11 Mereka mengekalkan hubungan mata, tetapi tidak pernah merenung.

© Mr.Bean/Tiger Aspect Productions

Mengekalkan hubungan mata adalah mesej bukan verbal paling sopan yang anda boleh hantar kepada orang lain. Hubungan mata yang tidak mencukupi boleh membuatkan anda kelihatan tidak boleh dipercayai.

Tetapi jika orang lain tidak melirik kepada anda, cuba melakukan hubungan mata dengan mereka hanya akan membuatkan anda kelihatan seperti sedang merenung. Dan setiap kanak-kanak tahu bahawa adalah tidak sopan untuk menatap.

#12 Mereka memegang pintu tetapi tidak berlebih-lebihan.

Membiarkan pintu tertutup ketika seseorang sedang menggunakan pintu agak kasar, bukan? Sebab itulah adalah lebih baik untuk memegang pintu untuk orang lain. Ia semua bergantung pada jarak antara anda dengan orang berkenaan. Jika orang itu dekat dengan anda, pegang dahulu pintu tetapi jika jarak terlalu jauh, anda boleh sahaja menutup pintu.

Sumber: BRIGHT SIDE
Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...