NASIONAL

Najib Razak umum letak jawatan daripada UMNO dan BN

Najib Razak umum letak jawatan daripada UMNO dan BN

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri negara, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional berkuatkuasa serta-merta.

Sidang media khas yang diadakan di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kredit: Astro Awani

Beliau bagaimanapun turut menyatakan bahawa beliau tidak akan pernah meninggalkan UMNO dan akan kekal setia memberikan sokongan kepada parti berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara kita”.

Sejurus perletakan jawatan itu, Najib Razak turut mengumumkan Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi Presiden dan Pengerusi BN. Sementara itu, Hishammuddin pula akan mengambil alih tugas sebagai Timbalan Presiden BN.

Dalam sidang media tersebut juga, Najib mewakili pihak BN dan UMNO menyatakan keputusan rakyat untuk memilih parti PH dalam menerajui kepimpinan negara diterima dengan hati yang terbuka.

Sumber: BH OnlineAstro Awani

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...