Menurut laporan awal dari Malaysiakini, bekas Perdana Menteri Malaysia dan isterinya didakwa telah disenarai hitam oleh Sistem Siasatan Status Perjalanan Jabatan Imigresen (SSPI). Dikatakan bahawa pada jam 9.18 pagi terdapat beberapa perubahan dalam status. Semakan status yang telah dijalankan pada jam 5.30 pagi bagi nama Najib (530723-06-XXXX) dan Rosmah (511210-05-XXXX) adalah seperti yang berikut:

Kredit: Malaysiakini

Terdahulu, ketua pengarah Mustafar Ali memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa kedua-dua individu ini tidak disenarai hitam. Namun, dia enggan mengulas lanjut apabila ditekan untuk mendapatkan maklumat seterusnya. Walau bagaimanapun, kemas kini baru oleh Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan bahawa kedua-duanya memang telah disenaraihitamkan.

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia/Facebook

Penyenaraian hitam bekas mantan perdana menteri dan isterinya berlaku ketika pelan penerbangan itu yang bocor dan tular semalam yang menunjukkan bahawa mereka merancang untuk melakukan perjalanan dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di Jakarta pada pukul 10 pagi hari ini dengan jet peribadi yang dikendalikan oleh Premiair. Ini telah menyebabkan banyak pihak membuat spekulasi bahawa mereka cuba melarikan diri dari negara ini selepas kekalahan mengejutkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu. Atau mungkin juga untuk mengelakkan siasatan terhadap 1MDB?

Menurut kiriman terbaharu melalui laman Facebook Najib Razak, beliau menyatakan keakurannya terhadap keputusan yang dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan akan kekal berada di dalam negara sahaja.

Kredit: Najib Razak/Facebook

Semoga semuanya akan kekal tenang dan menanti kemaskini yang seterusnya mengenai berita ini.

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds