INSPIRASI

Disaman RM13,000 kerana memandu laju semasa membawa isteri yang mengandung ke hospital

Disaman RM13,000 kerana memandu laju semasa membawa isteri yang mengandung ke hospital

Membawa wanita hamil ke hospital mungkin kelihatan seperti alasan munasabah untuk memandu laju di lebuh raya. Malangnya, penguatkuasa undang-undang fikir sebaliknya dan bapa dari Birmingham, England kini berdepan denda sehingga £2,500 (RM13,000) untuk kesalahan lalu lintas.

Jumlah yang besar bukan? Itulah sebabnya lelaki itu kini memohon kelonggaran atas apa yang dianggapnya sebagai situasi “hidup atau mati”.

Bapa berusia 30 tahun, Louis Baker disaman kerana memandu laju di lebuh raya pada kelajuan 101 batu sejam

Kereta Baker ditangkap oleh kamera laju ketika dia tergesa-gesa untuk menghantar isterinya ke Hospital Royal Worcestershire. Bayi mereka yang diberi nama Ellis selamat dilahirkan di hospital berkenaan.

Baker dikehendaki untuk hadir ke mahkamah di atas kesalahan yang dilakukannya itu

Menurut Baker:

“Saya telah memandu selama 10 tahun dan selama ini saya tidak pernah disaman melakukan kesalahan lalu lintas.

“Ketika saya mula-mula mendapat surat saman tersebut, saya telah bercakap dengan seorang wanita di Polis West Mercia dan dia sangat menyokong dan menyuruh saya menulis surat rayuan.

“Saya membuat rayuan tetapi mereka menolaknya dan kerana kelajuan yang melebihi had, saman itu tidak boleh dibatalkan.”

Ia adalah situasi antara ‘hidup atau mati’, jelas Baker

Laura, isteri Baker dilaporkan mengalami “komplikasi semasa kehamilan” yang memerlukannya untuk menerima antibiotik 4 jam sebelum dia melahirkan bayinya itu.

Laura berkata:

“Pada awalnya Louis memandu dalam kelajuan 70 batu sejam tetapi kerana tiba-tiba saya mengalami kontraksi, dia terpaksa memandu laju.

“Louis tidak menumpukan perhatian pada kelajuannya ketika itu, dia cuba untuk membawa saya ke hospital secepat mungkin.”

“Jika isteri dan anak anda berada dalam situasi yang sama, sesiapa sahaja akan melakukan perkara yang sama,” kata Baker.

Jurucakap polis berkata:

“Kes ini dirujuk secara langsung ke Mahkamah Majistret.

“Majistret bebas akan mengambil kira sebarang pelonggaran yang dibentangkan semasa menentukan keputusan mengenai kes ini.”

Era Baru

Kategori:INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...