Galeri Foto, HIBURAN, INSPIRASI, Pesona, Ria

Gadis ini ambil gambar setiap hari selama 8 tahun dan gabungkannya dalam satu video yang mencecah hampir 250,000 tontonan! Menakjubkan!

Gadis ini ambil gambar setiap hari selama 8 tahun dan gabungkannya dalam satu video yang mencecah hampir 250,000 tontonan! Menakjubkan!

Perubahan diri sama ada secara fizikal mahupun mental sentiasa berlaku tanpa kita sedari. Pernahkah anda berjumpa dengan rakan lama dan disapa dengan ayat seperti, “Eh, dah lain lah rupa awak. Dulu kurus, sekarang dah tembam”.

Namun, kita tidak pernah sedar akan perubahan tersebut. Tetapi berlainan dengan gadis ini kerana dia mampu melihat perubahan dirinya sejak lapan tahun lalu. Bagaimana caranya?

Setiap hari, gadis berusia 22 tahun ini telah mengambil swafoto dan aktiviti ini dijadikan sebagai rutin harian sejak berumur 14 tahun lagi!

Eadington adalah seorang pelajar rekabentuk yang berasal dari Kansar dan kini menetap di Newcastle, United Kingdom.

Semasa di bangku sekolah iaitu di usia 14 tahun, Eadington memutuskan untuk mengambil gambarnya sendiri setiap hari.

“Saya melihat projek yang lebih kurang sama di internet dan berpendapat ianya menarik untuk melihat bagaimana saya membesar”.

Namun menurut Eadington, projek yang dijalankan selama lapan tahun itu merupakan satu projek yang besar dan rumit.

“Perkara paling mencabar adalah menyelaraskan bahagian mata di dalam video ini”.

Dalam video berdurasi lebih tiga minit itu, Eadington telah memaparkan proses perubahannya yang mengagumkan sehingga berjaya menarik hampir 250,000 kali tontonan dalam tempoh seminggu sahaja!

Lihat video di bawah dan pastikan anda menekan butang ‘Like’ kerana video ini benar-benar satu video yang menakjubkan!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...