Benua Amerika, GLOBAL

Donald Trump ucap tahniah kepada Tun Dr.Mahathir dan rakyat Malaysia yang terlibat dalam PRU14

Donald Trump ucap tahniah kepada Tun Dr.Mahathir dan rakyat Malaysia yang terlibat dalam PRU14

Pertabalan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu turut menerima ucapan sekalung tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Kredit: Facebook

Selain Tun Dr.Mahathir, Rumah Putih juga memberikan ucapan tahniah kepada ‘seluruh rakyat Malaysia atas penyertaan dalam kempen pilihan raya yang sangat sengit dan aman’.

Kredit: Facebook

“Amerika Syarikat tidak sabar untuk meneruskan kerjasama rapat dengan Malaysia bagi memperkukuhkan hubungan antara Amerika dan Malaysia yang komprehensif serta menangani cabaran antarabangsa dan serantau”.

Kredit: Facebook

Meskipun terdapat beberapa percanggahan mengenai hak asasi manusia dan dasar asing Amerika Syarikat, kedua-dua buah negara masih lagi menjalin hubungan yang baik dan sering bekerjasama dalam pelbagai isu.

Menurut Trump dalam satu kenyataan menerusi Pejabat Setiausaha Media Rumah Putih, “Pihak kami sangat memandang berat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua negara ini di samping membawa isu-isu antarabangsa bersama dan cabaran di rantau ini”.

Kredit: The Star

Free Malaysia Today turut melaporkan bahawa hubungan Amerika Syarikat-Malaysia ini sudah mula terjalin sejak 31 Ogos 1957 lagi ketika Amerika Syarikat menaikkan status konsulat jeneral di Kuala Lumpur kepada kedutaan.

Kredit: Free Malaysia Today

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...