Hartanah, INSPIRASI

Ditipu ejen hartanah palsu, gadis ini nekad kongsikan pengalaman dan tips membeli rumah kepada orang ramai

Ditipu ejen hartanah palsu, gadis ini nekad kongsikan pengalaman dan tips membeli rumah kepada orang ramai

Penipu yang sanggup melakukan segala-galanya demi mendapatkan keuntungan sentiasa berada di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak sahaja. Baru-baru ini, berlaku satu kes penipuan yang dilakukan oleh seorang lelaki kepada dua orang pelajar.

Dalam satu entri blog yang dimuat naik oleh Tasha Lim, Tasha telah kongsikan satu kisah yang benar-benar terjadi kepada dia dan rakannya. Menurut Tasha, seorang lelaki bernama Benny mendakwa dirinya sebagai pemilik apartmen South View yang terletak di Bangsar Selatan dan menipu mereka dalam sesi penjualan rumah.

Kredit: EdgeProp

Tambah Tasha lagi, Benny tidak pernah menjawab sebarang panggilan telefon daripadanya tetapi lebih selesa untuk berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kami sangkakan dia agak sibuk dan ramai orang yang menghubunginya untuk membeli rumah, jadi kami tidak kisah jika dia hanya mahu membalas mesej”.

Malah, sewaktu sesi melihat rumah, Benny telah mengupah individu lain untuk menunjukkan kepada Tasha mengenai kawasan rumah berkenaan. Perlu diingatkan, ini bukan penipuan yang biasa-biasa, Benny benar-benar memperdayakan mangsanya dengan membuatkan mereka percaya bahawa dia adalah ejen hartanah yang sah!

Kredit: Property Guru

Hal ini terbukti apabila Tasha dan rakannya benar-benar percayakan Benny dan sangat teruja untuk memiliki rumah berkenaan.

Bagaimanapun, tanggapan Tasha mengenai Benny mulai berubah sebaik sahaja dia menerima surat persetujuan untuk membeli rumah berkenaan.

“Surat perjanjian itu dirangka dengan sangat teruk dan pada pandangan saya, ianya buruk (saya adalah seorang yang pentingkan penomboran dan ketelitian dalam segala perkara),” tulis Tasha yang merupakan seorang graduan perundangan.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, Tasha telah mencari beberapa maklumat tertentu sebelum mengongsikan maklumat berkenaan di dalam blognya sebagai tips kepada sesiapa yang ingin membeli atau menyewa sesebuah rumah pada masa hadapan.

1 – Kenalpasti sama ada individu berkenaan adalah pemilik atau ejen

Dalam kes Tasha, Benny bukanlah pemilik rumah berkenaan tetapi hanya bertindak sebagai ejen. Jadi, terdapat dua cara bagi mengenalpasti sama ada individu tersebut adalah ejen hartanah yang sah.

  • Setiap ejen hartanah mempunyai nombor lesen di sebelah nama mereka. Kod permulaan bagi ejen hartanah adalah REA manakala kod bagi perunding pula adalah REN.
  • Ejen hartanah yang sah akan menghubungi dan bercakap dengan anda secara jelas mengenai rumah tersebut. Bukan sekadar melalui WhatsApp.

Namun, jika anda masih berasa syak walaupun ejen tersebut mempunyai lesen, anda boleh pergi ke laman rasmi Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) untuk melakukan pemeriksaan sama ada lesen tersebut benar-benar wujud atau tidak.

Kredit: Tasha Lim

2 – Ketahui sama ada syarikat berkenaan wujud atau tidak

Tasha menjelaskan bahawa syarikat City First Solution yang ‘menggaji’ Benny sebagai ejen tidak pernah wujud. Malah, syarikat tersebut didapati telah menipu ramai mangsa khususnya golongan pelajar.

Kredit: The Jakarta Post

Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda memeriksa kewujudan syarikat perumahan berkenaan menerusi laman rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

3 – Lakukan sedikit penyelidikan tentang pemilik syarikat

Tasha mendapati Encik Yong yang merupakan pemilik apartmen tersebut adalah individu yang tidak wujud sama sekali!

Kredit: SpeakingTree.In

“Saya lihat latarbelakang Encik Yong. Kebetulan nombor pengenalannya disertakan sekali di dalam perjanjian, jadi saya periksa di pelbagai tempat untuk mengesahkan nombor pengenalan tersebut. Ianya tidak wujud!”.

4 – Hubungi Pejabat Pengurusan untuk mengesahkan pemilik rumah

Kredit: allwomenstalk

Walaupun pihak Pejabat Pengurusan tidak akan mendedahkan identiti pemilik, pihak mereka akan memaklumkan jika nama yang disebut adalah pemilik rumah berkenaan atau tidak.

Pasti anda keliru bagaimana penipu-penipu ini boleh membawa pembeli yang berpotensi untuk melihat rumah jika mereka bukanlah pemilik atau ejen yang diupah untuk menjual rumah berkenaan.

Sebenarnya, mereka mempunyai taktik licik untuk menjadikan penipuan ini kelihatan sah! Caranya adalah dengan menyewa unit berkenaan menerusi Airbnb. Setelah mendapatkan kunci kepada unit berkenaan, barulah mereka bebas meneruskan aktiviti penipuan mereka seperti membawa Tasha melihat sekeliling rumah.

Kredit: Property Guru

Sebagai langkah untuk mengekang perkara ini daripada berlaku lagi pada masa hadapan, Tasha telah membuat laporan kepada pihak polis dan pejabat pengurusan bagi menangkap penjenayah yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tindakan ini sedikit mengecewakannya. Hal ini demikian kerana pihak polis tidak boleh membantunya kerana terlibat dengan PRU akan datang manakala pihak pejabat pengurusan pula memutuskan tidak mahu terlibat dalam perkara tersebut.

Jadi, Tasha mengambil inisiatif sendiri dengan menyebarkan kisah benar yang terjadi kepadanya supaya orang ramai akan lebih berhati-hati selepas ini.

Era Baru

Kategori:Hartanah INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...