“Finding Nemo” adalah satu animasi yang membawa kejayaan besar dihasilkan oleh Pixar Animation Studios dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures. Dan jangan hairan jika setiap Hari Halloween, pasti ada kanak-kanak yang berpakaian kostum seperti ‘clownfish’ watak utama yang bernama Nemo dalam animasi tersebut.

Seorang budak lelaki bernama Jackson memutuskan bahawa, dia mahu menjadi seperti Nemo. Jadi, ayahnya membelikan dia kostum ikan Nemo dan anak kecil itu berjalan dengan gembira. Gelak ketawa ayahnya boleh didengari pada rakaman tersebut.

Kostum tersebut lengkap dengan sirip dan ekor menjadikan ia lebih menarik, “Pergerakan ekornya adalah yang paling indah pernah saya lihat dalam hidup saya,” kata ayahnya sewaktu merakamnya.

Jackson berjalan seperti terhayun-hayun dan selang sekali dia akan menoleh ke belakang. Melihat keadaan sekitar, sebelum meminta ayahnya mengambil gambar.

Era Baru

Share
Kategori: Keluarga Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds