Sterling Campbell merupakan seorang pemain dram profesional berasal dari Amerika Syarikat yang bermain dram mengiringi persembahan legenda rock British, David Bowie.

Sterling Campbell mula belajar bermain dram dan berminat dalam bidang muzik sejak dari usia kanak-kanak lagi. Sterling telah mula menjadi terkenal dengan bakat luar biasanya di awal usia remaja.

Kredit: Paparan skrin

Sejak di zaman remaja, Sterling telah didedahkan dengan cara dan gaya hidup yang tidak terkawal, termasuk terjebak dalam ketagihan tidak sihat dan memudaratkan, yang dianggap perkara biasa dalam dunia rock n’ roll.

Gaya hidup Sterling Campbell berubah setelah beliau diperkenalkan dengan satu amalan kultivasi yang berasal dari sebuah negara di timur dan semenjak itu Sterling Campbell telah berjaya meninggalkan tabiat buruknya terhadap ketagihan.

Karier dalam bidang muzik

Sterling Campbell dilahirkan di New York pada tahun 1964. Semasa di zaman kanak-kanak, Sterling telah mula menunjukkan minat di dalam bidang muzik dan menunjukkan bakat luar biasa dalam permainan dram.

Sejak berusia 12 tahun, Sterling Campbell telah mahir bermain dram dan permainan dram telah menjadi sebati dalam jiwanya.

Pada tahun 1986, di usia 22 tahun, Sterling Campbell telah memulakan karier sebagai pemain dram profesional dengan mengiringi konsert penyanyi pop Cyndi Lauper. Pada zaman ini, Cyndi Lauper amat terkenal dan popular dengan mengadakan beberapa konsert menjelajahi Amerika Syarikat dan dunia. Sterling Campbell pula tidak pernah menaiki kapal terbang dan merasai kehidupan glamor.

Bermula dari situ, karier Sterling Campbell semakin memuncak. Sterling telah bekerja dengan beberapa kumpulan rock terkenal seperti Duran Duran, Soul Asylum dan The B52’s. Pada tahun 1992, Sterling Campbell mula bermain dram bersama legenda rock David Bowie sehingga 14 tahun kemudian.

Kredit : Mark Jeremy/CC BY-SA

Pada tahun 2016, David Bowie telah meninggal dunia akibat kanser hati.

Sterling Campbell mengakui semasa mengiringi dan mengikuti kumpulan artis ini, beliau terikut-ikut dengan gaya hidup liar mereka yang menjadikan arak dan dadah sebagai sebahagian daripada kehidupan dan kerjaya. Sterling ingin mencari jalan keluar daripada tabiat ini namun sentiasa menemui kegagalan.

Mencari jalan keluar dan menemuinya

Dalam satu konsert David Bowie pada tahun 2002, para penonton bukan sahaja melihat persembahan David Bowie, tetapi memerhatikan Sterling Campbell yang bermain dram. Pada bahagian depan dram bass Sterling tertulis perkataan, ‘Sejati’ , ‘Baik’ , ‘Sabar’. Sterling berkata, “Saya akan menunjukkan kepada semua akan perkara positif yang saya telah lakukan kepada diri di atas dram ini sambil memberitahu siapa saya.”

Kredit : Mark Plati

Perubahan bermula pada tahun 1998 apabila pada satu hari Sterling sedang berjalan di sebuah taman di Manhattan dan telah melihat sekumpulan orang sedang melakukan senaman. Pergerakan mereka amat lembut dan cantik. Sterling menjadi begitu terpesona dan telah pergi melihat dengan lebih dekat. Kumpulan ini sedang melakukan latihan senaman Falun Gong.

Dengan penuh rasa tanda tanya di dalam diri, Sterling terus memerhatikan mereka dan hatinya menjadi tertarik dengan senaman itu. Seorang pelajar Falun Gong telah mendekati Sterling, bercakap serta menjawab semua pertanyaannya. Pada hari kedua, Sterling telah mengikuti kumpulan ini dengan berlatih lima set senaman Falun Gong. Sterling juga mula membaca buku ‘Zhuan Falun’ sebagai panduan penanaman diri.

Kredit : Benjamin Chasteen/ Epoch Times

Dalam diam, Sterling berlatih senaman Falun Dafa dan membaca buku ‘Zhuan Falun’. Keajaiban telah berlaku. Dalam masa dua minggu, perasaan untuk merokok, minum arak dan menyalahgunakan dadah setiap hari tiba-tiba telah hilang. Selepas itu, Sterling berkata, “Saya tidak lagi berminat kepada rokok, alkohol dan dadah. Dalam sekelip mata, ketagihan buruk saya kepada tiga benda ini telah hilang serta merta tanpa meninggalkan bayang.”

Sterling mengingati kembali pada kali pertama beliau membaca buku Zhuan Falun, “Saya mengambil buku itu dan mula membacanya. Ia seperti bercakap dengan saya. Saya terus membaca dan membaca lagi tanpa henti. Saya mempercayai apa yang telah ditulis di dalam buku itu. Saya rasa telah menemui jawapan kepada apa yang sedang saya cari selama ini.”

Menjadi seorang yang gembira dan bahagia

Kini Sterling Campbell telah mengamalkan Falun Dafa selama hampir 20 tahun. Sterling Campbell berkata, “Falun Gong bukan sahaja memberi saya kesihatan fizikal yang baik, tetapi apa yang lebih penting ia telah mengubah saya secara spiritual. Saya berasa lebih bahagia dan gembira. Saya amat bersetuju dengan amalan ‘Sejati, Baik, Sabar’. Ramai yang berasa terkejut melihat perubahan besar yang terjadi pada diri saya. Ramai yang menyokong saya dan mereka semua tahu saya mempraktikkan Falun Gong.”

Kredit : Clearwisdom.net

Sterling Campbell masih membuat persembahan muzik bersama kumpulannya dan sering keluar malam bersama rakan-rakan. Katanya, “Jika berada di bar, mereka bertanya kepada saya mahu minum apa? Dan saya menjawab berikan saya air soda atau air biasa sudah cukup. Kamu tidak perlu minum alkohol dan kamu masih boleh bersosial seperti biasa.”

Dengan bijak Sterling berkata, “Kita berada di dalam era digital dan media sosial. Sekiranya anda mencari nama saya di dalam Google, anda akan mendapat info mengenai biografi dan kisah saya mempraktikkan Falun Gong.”

Kredit : minghui.org

Selama hampir 20 tahun, Sterling Campbell bergiat aktif dalam program yang dijalankan oleh pengamal Falun Gong, termasuk menyertai  Orkestra Tianguo dan perayaan komuniti. Semasa menyertai perarakan tahunan, Sterling Campbell akan berada di barisan hadapan kerana beliau adalah pemain dram utama.

Lihat video testimoni Sterling Campbell di bawah.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds