Eropah, VIDEO

Sanggup gadai nyawa dengan melakukan aksi yang bahaya demi untuk meraih ‘populariti’

Sanggup gadai nyawa dengan melakukan aksi yang bahaya demi untuk meraih ‘populariti’

Satu rakaman yang mengejutkan menunjukkan seorang remaja lelaki di Moscow, Rusia sanggup mengadai nyawa dengan melakukan aksi bahaya semata-mata demi mendapatkan ‘like’ di media sosial.

Alexey Derbilov, 19, dilihat melompat ke atas landasan kereta api lalu berbaring di dalam lubang keselamatan dan sempat melindungi kepalanya menggunakan kedua belah tangan ketika berbaring di landasan sebelum sebuah kereta api yang meluncur laju tiba di stesen metro Vistavochnaya, Moscow.

Video tersebut dirakam oleh rakannya, Derbilov sempat berpesan kepadanya supaya jangan bergerak sehingga kereta api tersebut berlalu pergi.

Seorang pekerja stesen berkenaan yang terlihat perbuatan Derbilov, memarahinya kerana menyifatkan perbuatannya itu membahayakan keselamatan.

Namun Derbilov menafikannya dengan mengatakan dia terjatuh. Bagaimanapun, Derbilov akhirnya ditahan polis setelah rakannya memuat naik video tersebut di laman sosial pada keesokan harinya.

“Saya melakukan aksi tersebut untuk mendapat banyak like dan meraih perhatian di laman sosial,” kata Derbilov.

Dia bagaimanapun melahirkan rasa kesal setelah menyedari aksi ‘bodoh’ itu bukan sahaja membahayakan nyawa diri sendiri tetapi juga melibatkan nyawa penumpang lain.

Namun, Derbilov tetap berdepan dengan perbicaraan apabila pihak polis mendapati banyak lagi video aksi berbahaya dimuat naik ke laman sosialnya yang menyalahi undang-undang negara.

Tonton video tersebut di bawah:

Era Baru

Kategori:Eropah VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...