GAYA HIDUP, KESIHATAN

Ibu mengandung dan anak kecil perlu menjauhkan diri daripada penghidap penyakit cacar air kerana boleh membawa maut jika sistem imun lemah

Ibu mengandung dan anak kecil perlu menjauhkan diri daripada penghidap penyakit cacar air kerana boleh membawa maut jika sistem imun lemah

Kita seringkali diingatkan supaya tidak membawa diri ke tempat-tempat kawasan terbuka dan ramai orang jika mengalami masalah kesihatan seperti cacar air kerana mudah berjangkit. Ini bagi mengurangkan risiko berjangkit pada mereka yang mempunyai tahap keimunan badan yang lemah.

Perkongsian daripada Dr. Taufiq Razif ini wajar dijadikan sebagai pengajaran bagi kita semua. Adalah bahaya apabila penyakit berjangkit menjangkiti golongan ibu mengandung yang juga akan memberikan kesan terhadap bayi yang dikandung.

Selain berbahaya kepada ibu mengandung, ia juga berbahaya kepada anak kecil yang mempunyai tahap keimunan badan yang lemah dan boleh membawa maut.

Ikuti perkongsian Dr. Taufiq Razif yang bermanfaat ini di bawah:

Jangan Bawa Anak Chicken Pox Ke Tempat Bermain Kanak-Kanak!

Terkedu saya bila isteri saya bagitahu ada budak yang tengah kena chicken pox tengah bermain-main di samping anak saya.

Kebetulan semalam cuti 1 Mei saya bawa anak saya bercuti ke Kidzoona. Tempat tu memang penuh dengan puluhan kanak-kanak yang masih kecil. Hajatnya nak anak sihat la sikit dengan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh kan.

Tapi tiba-tiba isteri saya yang memang hampir tiap hari hadap budak chicken pox di Klinik Kesihatan perasan ada sorang budak ni ada ruam-ruam berair memenuhi muka dan lehernya. Eh! Ni macam chicken pox! Terus kami report pada staff Kidzoona tu. Mereka terus nampak gelabah. Mereka pun tak perasan kot.

Kami dan staff Kidzoona terus la cari ayah si adik ni. Dalam 10 minit juga baru kami dapat detect si ayah ni. Tapi Ya Rabb! Punyalah susah si ayah ni nak bawa anaknya keluar. Ayahnya macam tak acuh je. Dekat setengah jam juga si ayah duduk kat situ tanpa berganjak. Saya dan isteri dah mula risau.

Kenapa saya dan isteri risau sangat?

Tahu tak yang chicken pox ataupun cacar air ni boleh berjangkit melalui titisan air bila adik tu bersin ataupun batuk. Sekali batuk je agak-agak berapa orang budak kat dalam Kidzoona tu akan kena chicken pox tu nanti?

Penyakit ni memang tak bahaya dan boleh baik dengan sendirinya tapi penyakit ni akan sangat fatal pada orang yang ada sistem imun yang lemah ataupun ibu yang mengandung!

Kalau kena dekat kanak-kanak yang lemah sistem imunnya, virus Varicella-Zoster penyebab Chicken Pox ni boleh masuk sampai ke otak ( Encephalitis ) dan komplikasinya boleh menyebabkan kematian!

Antara simptom Chicken pox adalah demam yang disertai ruam cacar pada kulit yang bermula daripada bahagian kepala dan disertai batuk selsema.

p/s : Boleh belajar lebih detail lagi tentang anak-anak kita di Telegram saya. Klik je link ni ye t.me/NotaTaufiqRazif

p/s : Tolong jangan bagi isteri kita yang sedang HAMIL dekat dengan anak-anak yang kena Chicken Pox ni sebab sistem imun mereka tengah sangat lemah!

Sumber : Dr. Taufiq Razif

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...