Sejak empat tahun lalu, Danielle Sykora memelihara Thai, seekor anjing yang diharap akan membantunya yang mengalami masalah penglihatan. Thai dikatakan berjaya melakukan tugas dengan sangat baik dan tidak pernah menyebabkan Danielle terjatuh, terlanggar tiang dan sebagainya.

Namun, Danielle langsung tidak menyangka anjingnya itu telah melanggar beberapa peraturan terutamanya jika ia melihat apa yang ia mahukan!

Apatah lagi memandangkan Danielle tidak boleh melihat, Thai nampaknya telah menggunakan kesempatan ini untuk berseronok setiap kali ada peluang.

Pada setiap hujung minggu, Danielle yang merupakan seorang penuntut di Universiti Delaware Valley akan pulang ke rumahnya di New Jersey bersama Thai. Bagi meluangkan waktu cuti hujung minggu itu, Danielle dan kakaknya, Michele akan berjalan-jalan di pusat beli-belah.

Tetapi, Danielle langsung tidak menyangka Thai juga menggemari aktiviti ini dan mempunyai alasannya sendiri mengapa Thai juga gemar ke pusat beli-belah berkenaan.

Pada suatu hari, Danielle yang ditemani bapanya telah menyedari terdapat sebuah kedai haiwan yang bernama Cool Dog Gear. Tanpa Danielle sedari, Thai dengan spontannya telah membawa Danielle memasuki kedai tersebut semata-mata untuk melawat sahaja.

My sisters guide dog always sneakily walks her into this store without her knowing ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ I love dogs, man

“Kali pertama adik saya pergi ke pusat beli-belah ini, dia bersama ayah dan Thai telah memasuki ke kedai haiwan itu tanpa mereka sedari. Kali kedua kami ke sana, saya mahu menyaksikan peristiwa ini dengan mata saya sendiri jadi kami telah lalu ke arah kedai berkenaan dan Thai terus membawa Danielle ke dalam kedai haiwan berkenaan,ย kata Michele kepada The Dodo.

pic.twitter.com/UuE9wDN4md

Kali ini, Michele telah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan sudah jelas lagi nyata, Thai sememangnya suka masuk ke kedai haiwan itu.

Michele memutuskan untuk memuat naik video berkenaan di Twitter dan gelagat Thai si anjing licik itu menjadi bualan ramai netizen. Tambah Michele, Thai sangat gemar makan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cebisan makanan di atas lantai sekali pun!

Setelah Michele menceritakan mengenai helah Thai yang tidak disedarinya selama ini, Danielle kelihatan tidak terkejut langsung. Malah, Danielle memaklumkan itu bukanlah pertama kali kejadian seumpama itu berlaku kepadanya.

Di kampus, Thai suka membawa Danielle ke Starbucks memandangkan anjing ini tahu tuannya sangat suka menikmati kopi. Tambahan pula, Thai akan diberikan ganjaran setiap kali ke sana.

Dalam kejadian lain, Danielle memberitahu bahawa Thai sering membawanya ke setiap kedai yang menjual makan dan tidak akan menjenguk kedai pakaian yang Danielle mahu pergi.

Walaupun Thai sangat licik dan bijak, Danielle langsung tidak memarahi anjing itu tetapi menjadikan keunikan Thai sebagai pengikat kasih sayang antara mereka. Walau Thai agak nakal, Thai tidak pernah meninggalkan Danielle walaupun sesaat!

“Hubungan Thai dan Danielle hanya mampu difahami oleh mereka. Thai akan pergi ke mana sahaja Danielle pergi. Walaupun ketika berada di rumah, jika Danielle keluar bilik, Thai akan mengikutnya”.

Danielle telah menjadi buta setelah menjalani pembedahan retinoblastoma (kanser mata) pada usia dua tahun. Namun, segalanya menjadi lebih mudah buat Danielle setelah Thai hadir dalam hidupnya.

“Tongkat hanya berfungsi untuk memberitahu anda halangan-halangan di bawah paras pinggang. Tetapi Thai membantunya bergerak dengan lebih mudah dan mencari apa yang Danielle inginkan seperti tangga bergerak, kerusi dan juga… kedai haiwan.”

Kisah yang sungguh mengharukan. Semoga Thai dapat terus memberikan khidmatnya kepada Danielle.

Sumber:ย the dodo

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds