Seorang pengguna Twitter dengan nama MoMo @aeonianlife baru-baru ini melalui satu detik yang penuh memberikan kenangan dan pengalaman yang mengajarnya. Kira-kira setahun yang lalu, MoMo telah menjalani satu pembedahan namun ianya tidak berjalan lancar.

Kredit foto: Twitter

Selepas sembuh, MoMo telah mengalami masalah saraf yang disebut sebagai gangguan penukaran (conversion disorder) yang mengakibatkan MoMo tidak lagi mampu berjalan seperti biasa.

Kredit foto: Twitter

Keadaan ini amat rumit, malah doktor juga tidak mengetahui apakah punca dan cara untuk merawatnya. MoMo sudah tentu merasa sedih dan takut sekiranya dia tidak lagi boleh berjalan dengan normal.

Kredit foto: Twitter

Walaupun begitu, MoMo sentiasa dikelilingi oleh rakan-rakan dan ahli keluarga yang menyayangi dan menyokongnya walau apa jua yang terjadi. Sekitar 10 bulan selepas menjalani pembedahan berkenaan, MoMo mula merasai deria pada kedua-dua belah kakinya dan ini adalah satu keajaiban yang tidak diduga!

MoMo berasa sangat gembira dengan perkembangan ini dan tidak sabar untuk menunjukkan kepada pasangannya bahawa dia sudah boleh berjalan semula.

Jadi, apabila teman lelakinya tiba di rumah untuk menjemput MoMo ke majlis prom bersama-sama, dia sangat terkejut sebaik sahaja pintu dibuka dan MoMo terpampang di hadapannya.

Kredit foto: Twitter

Dalam video pendek itu, MoMo kelihatan cuba menghampiri pasangannya walaupun langkahnya tidak begitu stabil. Sementara itu teman lelakinya pula kelihatan terpaku melihat MoMo kini sudah boleh berjalan semula.

Kredit foto: Twitter

Dia mengambil sedikit masa untuk menyedari apa yang telah berlaku sebelum berlari memeluk MoMo seerat mungkin.

Suasana riuh-rendah dan gembira memenuhi ruang tersebut. Siapa yang tidak gembira apabila melihat teman sendiri semakin beransur pulih dan berada dalam keadaan yang baik. Ini adalah satu kejutan yang sangat istimewa.

Kredit foto: Twitter

Netizen yang menonton video ini turut sempat memberikan kata-kata semangat dan pujian kepada pasangan ini kerana saling menyayangi antara satu sama lain walau apa pun rintangan yang melanda.

Kredit foto: Twitter

Pada malam majlis prom tersebut, MoMo telah diumumkan sebagai Ratu Prom sekali gus membuatkan hari berkenaan menjadi detik yang paling bermakna dalam hidupnya.

Tonton video di bawah:

Sumber: inspireMORE

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds