Menjelang musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, entri ini mungkin dapat menyelesaikan masalah utama anda apabila pulang ke kampung halaman.

Berkumpul beramai-ramai di rumah atuk dan nenek di kampung adalah suasana yang seringkali kita rindui kerana lazimnya ia hanya akan berlaku setahun sekali! Mana tidaknya, semua sanak saudara akan pulang berkumpul bagi menyambut hari raya bersama-sama. Meriah sungguh!

Kredit: Siakapkeli

Tetapi, anda pasti tidak dapat menolak hakikat bahawa nyamuk memang banyak sekali di kampung anda, bukan? Malahan, di kampung lazimnya saiz nyamuknya adalah begitu besar jika hendak dibandingkan dengan nyamuk di bandar.

Kini, anda boleh mencuba teknik ini untuk memerangkap nyamuk-nyamuk ini agar anda dan keluarga dapat tidur dengan nyenyak di kampung!

Kredit: Siakapkeli

Untuk membuat perangkap nyamuk ini, alatan yang diperlukan adalah sangat mudah. Sudahlah mudah, harganya juga murah dan senang didapati. Secara tidak langsung, ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti untuk memenuhi masa lapang sementara menunggu masa berbuka puasa!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Botol air
  • 50 gram gula perang
  • 1 gram yis
  • 200 mililiter air panas
  • Pisau atau gunting
  • Pita pelekat (Sellotape)

Kredit: Impiana

Langkah-langkah mudah yang diperlukan untuk menyiapkan perangkap nyamuk pula adalah seperti yang berikut:

  1. Dengan menggunakan pisau atau gunting, potong botol air di bahagian tengah untuk membahagikannya (disarankan agar menggunakan botol air bersaiz 1.5 liter dan ke atas.)
  2. Campurkan gula perang bersama air panas dan kacau sehingga ia sebati dan biarkan ia sejuk.
  3. Tuangkan larutan gula perang dan air panas yang telah sejuk ke dalam bahagian bawah botol yang telah dipotong.
  4. Kemudian, taburkan yis di atas larutan gula perang itu tadi. Namun, anda dilarang mengacau larutan ini setelah ditaburkan yis kerana yis akan bertindak balas dengan larutan dan melepaskan karbon dioksida seterusnya menarik perhatian nyamuk untuk masuk ke perangkap.
  5. Satukan bahagian bawah botol dengan bahagian mulut botol dengan kedudukan yang terbalik (rujuk gambar).
  6. Kukuhkan sambungan ini dengan menggunakan pita pelekat.

Kredit: Siakapkeli

Perangkap ini boleh diletakkan di mana-mana ruang di rumah yang menjadi ‘markas’ nyamuk-nyamuk ini. Setelah seminggu diletakkan, anda pasti akan terkejut dengan hasil tangkapan perangkap ini. Ia sememangnya berkesan!

Mudah sekali bukan? Kini anda tidak lagi perlu risau jika hendak pulang ke kampung selama berhari-hari. Anak-anak anda juga akan tenang dan tidak merungut tentang nyamuk lagi. Semuanya kini selesai dan aman!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds