Britain’s Got Talent merupakan rancangan yang mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai bidang sama ada nyanyian, persembahan silap mata, aksi-aksi lasak, komedi dan bermacam-macam lagi.

Dalam rancangan ini juga mempamerkan salah seorang juri yang terkenal iaitu Simon Cowell yang sering memilih bakat-bakat besar dalam kalangan peserta yang menghadiri uji bakat.

Kredit foto: YouTube

Baru-baru ini, Simon telah meletakkan harapan besarnya kepada pasangan duo bapa dan anak lelakinya dengan menekan butang emas semasa uji bakat berkenaan. Setiap juri mempunyai satu butang emas untuk diberikan kepada peserta pilihan yang melayakkannya untuk terus ke peringkat separuh akhir dalam rancangan tersebut!

Kredit foto: YouTube

Bagi Simon, butang emas tersebut selayaknya diberikan kepada pasangan anak-beranak tersebut yang berjaya menyentuh hati para penonton dengan persembahan nyanyian mereka.

Kredit foto: YouTube

Si bapa iaitu Tim Goodacre merupakan seorang pemuzik dan bapa kepada tiga orang anak manakala si anak pula iaitu Jack yang berusia 12 tahun mula membuat persembahan di sekitar Norwich, England sejak di usia lima tahun lagi!

Sewaktu memperkenalkan diri mereka, Jack menyatakan bahawa rancangan Britain’s Got Talent merupakan rancangan kegemarannya. Kemudian, seorang lagi juri iaitu David Walliams menanyakan siapakah juri kegemaran Jack antara keempat-empat juri dan Jack menjawab ia adalah Simon sekali gus membuatkan David sedikit kecewa manakala para penonton pula ketawa besar.

Dalam uji bakat berkenaan, Jack dan Tim telah menyediakan sebuah lagu yang mereka tulis bersama berjudul ‘The Lucky Ones’. Kata Jack, “Lagu ini tentang betapa beruntungnya kita mempunyai apa yang kita ada.”

Kredit foto: YouTube

Sebaik sahaja Tim memulakan nyanyian, semua orang terpegun dan menyedari bahawa lelaki ini sememangnya berbakat. Namun, segalanya menjadi semakin mengagumkan sebaik sahaja Jack menyanyi dan menjadikan lagu tersebut lebih indah serta mempesonakan.

Mendengarkan persembahan mereka turut membuatkan juri Amanda Holden mengalirkan air matanya. Sementara itu, juri kegemaran Jack pula iaitu Simon kelihatan sangat terpaku melihatkan persembahan duo berkenaan.

Kredit foto: YouTube

Dalam satu temubual bersama Radio Times, Simon menyatakan bahawa Jack mengingatkan beliau kepada anak kandungnya iaitu Eric.

“Saya fikir dia seperti Eric. Terdapat sesuatu tentang budak lelaki ini, dia menyanyi bersama bapanya dan saya fikir lagu yang mereka tulis itu adalah lagu yang hebat”.

Kredit foto: YouTube

Sewaktu para juri dan penonton berdiri memberikan tepukan gemuruh kepada persembahan tersebut, Simon menyedari kedua-dua hos rancangan iaitu Ant dan Dec sedang menyasarkan butang emas pada meja juri. Dengan kadar segera, Simon terus berdiri dan menekan butang berkenaan.

Kredit foto: YouTube

“Saya nampak Ant dan Dec sudah bersedia untuk turun ke bawah dan menekan butang emas dan saya fikir persembahan ini adalah milik saya. Jadi saya cepat-cepat tekan butang emas itu. Sukar untuk melihat bapa bersama anak lelakinya membuat persembahan bersama.”

Kredit foto: YouTube

Lihat reaksi Jack dan Tim yang terkejut dan teruja dengan kejayaan mereka dalam uji bakat berkenaan. Sungguh menyentuh perasaan!

Kredit foto: YouTube

Mari tonton video persembahan mereka yang sangat menyayat hati ini.

Sumber: inspireMORE

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds