GAYA HIDUP, Idea Gajet

10 idea ringkas dan berguna untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah. Cuba idea #8 untuk mengelakkan anak anda ‘mengamuk’ di restoran!

10 idea ringkas dan berguna untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah. Cuba idea #8 untuk mengelakkan anak anda ‘mengamuk’ di restoran!

Sediakan payung sebelum hujan! Anda pasti tidak mahu tambahan ahli keluarga yang seharusnya ceria bertukar menjadi sebuah episod ngeri yang tidak ingin dilalui lagi, bukan? Tidak salah sekiranya anda sedikit berusaha untuk menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat buat anak kecil anda yang semakin membesar dan bijak.

Entri ini menyediakan 10 cara yang boleh anda cuba bagi memudahkan proses asuhan anak anda dan dalam masa yang sama dapat memberi anda ruang berinteraksi dengan lebih lama dengan anak anda! Admin tidak dapat menafikan bahawa idea #3 adalah sangat bijak dan seharusnya diamalkan oleh lebih ramai ibu bapa di luar sana.

1. Anda mungkin boleh cuba melakukan idea ini ketika dalam perjalanan pulang beraya di kampung nanti. Anak anda juga pastinya lebih selesa dan tidur dengan lena!

Kredit: Handmade Ideas/Facebook

2. Gunakan rod tegangan seperti ini untuk menghalang anak anda masuk ke kawasan yang berbahaya seperti bilik air, dapur dan bilik dobi.

Kredit: Indahstory

3. Anda boleh gunakan pengikat tali haiwan peliharaan untuk mengunci pintu-pintu kabinet di rumah.

Kredit: Pinterest

4. ‘Selamat’kan anak anda daripada memegang benda-benda kotor di pasar raya dengan memberikannya rantai bijirin agar dia kekal terganggu dan sibuk mengunyah sepanjang masa!

Kredit: Pinterest

5. Jimatkan masa anda dengan menggantung pelapik dada bayi di tempat simpanan makanan

Kredit: Mybabydoo.com

6. Satu langkah sahaja yang perlu dilakukan untuk mengelakkan anak anda dari membuka pintu peti ais dan menarik tisu tandas. Sangat mudah!

Kredit: Pinterest

7. Gunakan rak rempah untuk meletakkan botol-botol susu anak anda untuk mengeringkannya

Kredit: Pinterest

8. Lengkapkan ‘kit restoran’ dengan alat tulis, mainan dan peralatan makan untuk memudahkan anda ketika membawa anak-anak makan di restoran kegemaran anda

Kredit: Pinterest

9. Rumah anda mempunyai sinki yang agak tinggi untuk si kecil? Ubah suai botol losyen yang tidak digunakan lagi untuk menjadi sambungan paip buat mereka!

Kredit: Handmade Ideas/Facebook

10. Elakkan anak anda terus-terusan menggigit penghadang katil mereka dengan pelapik kain sebegini

Kredit: Pinterest

Pengalaman menjadi ibu bapa adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setiap dari kita pastinya ingin melakukan yang terbaik buat permata hati. Cubalah idea-idea menarik yang telah kami beri ini dan kongsikan bersama rakan-rakan agar mereka tidak ketinggalan!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...