Rasanya, tidak perlu lagi kami memperkenalkan pemilik tubuh sasa dan aktor kacak ini kerana pasti semua orang sudah pun mengenalinya dengan lebih terperinci. Beliau merupakan adiwira terkenal, bapa yang hebat serta suami kepada pelakon yang memegang watak Elena Neves menerusi siri filem The Fast and the Furious.

Mungkin ada segelintir daripada anda yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya Chris Hemsworth pandai berbahasa Melayu! Menerusi sebuah rakaman video, seorang pengguna Youtube dari Indonesia iaitu Arief Muhammad dan isterinya Tiara Pangestika, mewawancara Chris dan pengarah filem Thor : Ragnarok, Waititi Taika. Semasa temubual itu berlangsung, ternyata Chris boleh bertutur dalam bahasa Melayu yang membuatkan kedua-dua orang hos berkenaan tercengang! Cuba anda lihat rakaman video berkenaan di bawah : 

Seorang pengguna Twitter iaitu (@isleys) ada berkongsi satu segmen temubual pendek mereka di mana ia menunjukkan Chris sememangnya telah membuktikan bahawa dirinya banyak bergaul dengan komuniti Asia berbanding dengan komuniti Eropah sewaktu beliau bersekolah, dan beliau mempelajari bahasa Indonesia di sekolah.

Malah, ini bukanlah kali pertama Chris bertutur dalam bahasa Melayu apabila penemu bual bertanyakan soalan padanya. Menerusi satu video yang dirakamkan pada tahun 2015, beliau ketika itu sedang mempromosikan filem Avengers : Age of Ultron dan sempat bertutur bahasa Indonesia dengan hos, Cinta Kiehl. Beliau kemudian menjelaskan bagaimana beliau mempelajari bahasa berkenaan dan terbukti beliau memang hebat berbahasa Melayu! Tidak dapat dinafikan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds