Kebiasaannya, kuda akan dilengkapi dengan tempat duduk sebelum sesiapa menunggangnya termasuklah kuda lumba. Walau bagaimanapun, wanita Rusia ini mahu melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang lain iaitu menunggang tanpa menggunakan tempat duduk. Persoalannya, mampukah dia melakukannya?

Sudah tentu perkara itu bukanlah satu perkara yang mudah malah penunggang profesional juga belum tentu dapat naik ke atas kuda tanpa menggunakan tempat duduk.

Wanita ini bagaimanapun masih mahu mencubanya. Dia cuba beberapa kali tetapi masih belum berjaya.

Dia menemui jalan buntu dan mencuba sekali lagi tetapi tetap gagal. Kuda itu pula seolah-olah memahami bahawa wanita itu berasa tertekan dengan keadaan tersebut lalu ia pun melakukan sesuatu yang mengejutkan!

Mungkin kuda itu berasa kasihan kepada wanita tersebut lalu ia pun duduk di atas tanah. Bagai disuruh naik, wanita itu terus naik di atas kuda tersebut lalu menunggangnya.

Kemudian, kuda itu pun berlari membawa wanita itu pergi bersiar-siar. Wanita itu berasa sungguh gembira kerana dia akhirnya berjaya menunggang kuda tanpa menggunakan tempat duduk. Terima kasih kepada kuda kerana membantu wanita itu merealisasikan impiannya!

Tonton video di bawah.


Era Baru

Share
Kategori: HIBURAN Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds