Bersempena dengan sambutan hari ulangtahun kelahiran Puteri Charlotte yang ketiga, pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton berkongsi dua keping foto terbaharu istimewa pada hari Sabtu. Putera Louis kelihatan sangat fotogenik!

Foto yang indah berkenaan menunjukkan Puteri Charlotte dan Putera Louis dirakamkan pada 2 Mei iaitu bersamaan dengan hari ulangtahun kelahiran Puteri Charlotte. Sememangnya, Charlotte merupakan seorang yang bersifat melindungi dan mengendong adindanya di atas peha, di samping sempat memberikan kucupan mesra pada Louis.

Manakala foto kedua yang menunjukkan Putera Louis dirakamkan pada 26 April iaitu 3 hari selepas hari kelahirannya. Nampaknya, putera comel ini kelihatan amat bersedia untuk fotonya dirakamkan. Comel betul!

Duchess of Cambridge/PA Wire

Duchess of Cambridge/PA Wire

Menerusi fotonya itu, kita dapat saksikan Louis mempunyai mata yang galak dan rambutnya bewarna agak gelap – menunjukkan beliau tidak memiliki warna rambut perang yang sama seperti kedua-dua kakandanya.

Kedua-dua foto yang disiarkan itu dirakamkan di rumah keluarga Kate iaitu di Istana Kensington, dan ianya agak mengejutkan rakyat kerana ketika Putera George dahulu, pasangan itu hanya berkongsikan foto George sebulan selepas George dilahirkan.

Jurucakap Istana Kensington berkata, pasangan diraja berkenaan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai khususnya atas ucapan sempena kelahiran Louis dan ucapan atas ulangtahun kelahiran Charlotte.

Kate yang juga graduan Sejarah Seni di Universiti St. Andrew merupakan seorang jurugambar yang berkaliber dan kerap berkongsi gambar anak-anaknya. Daripada gambar ulangtahun kelahiran sehinggalah hari pertama persekolahan, ibu kepada 3 orang cahaya mata ini selalu dilihat merakamkan saat-saat istimewa keluarganya.

Gambar Charlotte bersama adiknya itu merupakan sebahagian daripada tradisi keluarga di mana gambar itu adalah sama seperti gambar sewaktu Putera George mengendong adiknya, Puteri Charlotte pada Jun tahun 2015.

REX/Shutterstock

REX/Shutterstock

Gambar George sewaktu bayi dahulu dirakamkan oleh datuknya, Michael Middleton di kediaman keluarga Middleton di Bucklebury, England. Ia dirakamkan di laman belakang rumah dan kelihatan sangat kasual kerana turut melibatkan anjing kesayangan keluarga itu, Lupo dan Tilly.

Michael Middleton/Kensington Palace/Getty Images

Michael Middleton/Kensington Palace/Getty Images

Acara Louis seterusnya adalah pada hari pembaptisannya pada bulan Julai kelak. Namun, harus diingatkan bahawa akan tiba majlis perkahwinan diraja bapa saudaranya, Putera Harry dan bakal isteri, Meghan Markle di Istana Windsor 9 Mei ini. Putera Louis yang ketika itu berusia 4 minggu mungkin akan berada di rumah sahaja, sementera kedua-dua kakandanya pasti akan turut menggalas tugasan.

Samir Hussein/WireImage

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds