Orang awam terpegun melihat fenomena alam yang dipanggil sebagai ‘Sun Dog’, iaitu fenomena tiga buah matahari yang dikelilingi oleh satu bulatan besar.

Alam semulajadi sungguh mengagumkan, dan hanya sedikit sahaja kejadian menakjubkan ini pernah disaksikan oleh manusia terhadap kuasa alam ini. Tetapi dengan bantuan teknologi moden terhadap alat rakaman, kita cukup bernasib baik dapat menyaksikan kejadian ini berulang kali akan keajaiban dunia.

Fenomena optik atmosfera yang dirakam pada video ini dipanggil sebagai fenomena ‘Sun Dog’ atau pembiasan cahaya matahari. Melihatkan dua titik cahaya sempurna pada sudut kiri dan kanan matahari tersebut.

Ia biasanya terbentuk akibat oleh pembiasan, dan penyebaran cahaya kristal ais heksagon dalam bentuk plat. Dihalang oleh awan tinggi dan sejuk sehingga terbentuknya kristal yang bertindak sebagai prisma.

Apabila kristal mengapung dengan lembut, permukaan heksagon besar yang hampir mendatar. Sinaran matahari dibiaskan secara mendatar dan disitulah fenomena ‘Sun Dog’ terhasil.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds