Wajah pelakon kacak ini pasti dikenali di seluruh dunia berikutan dengan watak adiwira terkenal iaitu Thor. Thor atau nama sebenarnya iaitu Chris Hemsworth pernah dipilih sebagai Sexiest Men Alive oleh Majalah People.

Mungkin ramai juga yang tidak mengetahui bahawa beliau berasal dari Melbourne, Australia dan telah berkahwin dengan Elsa Pataky pada tahun 2010. Hasilnya, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel iaitu Tristan, India dan Sasha.

Sememangnya pelakon berusia 34 tahun berkenaan kerap disebut-sebut media Amerika Syarikat sehingga beliau dilabel sebagai ‘Hot Daddy’ dan ‘Father Goal’ ekoran sering melayan kerenah anak-anaknya di rumah. Cuba anda lihat foto-foto beliau bersama anaknya di bawah.

Penat sangat sehingga tertidur…

Tidak perlu peralatan senaman, cukup dengan mengangkat anak sahaja

Ada juga sumber yang mengatakan bahawa Chris pernah membuat sendiri kek dinasour khas untuk anaknya. Sudahlah kacak, pandai memasak juga! Buat bapa-bapa di luar sana, jadilah seperti Chris ya! Luangkan masa bersama anak-anak walau sesibuk manapun anda.

Menikmati matahari terbenam bersama India

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds