Asia, INSPIRASI

Buka pintu kecemasan dalam pesawat kerana ingin mendapatkan ‘udara segar’, penumpang warga China ditangkap

Buka pintu kecemasan dalam pesawat kerana ingin mendapatkan ‘udara segar’, penumpang warga China ditangkap

Seorang penumpang pesawat di China terpaksa ditahan kerana telah bertindak melulu dengan membuka pintu kecemasan pesawat sewaktu dia sedang menunggu untuk turun daripada pesawat berkenaan. Menurutnya, dia berasa ‘sesak’ dan oleh sebab itulah dia bertindak membuka pintu kecemasan berkenaan.

Dia yang hanya digelar menerusi nama keluarganya, Chen, berkata dia hanya mahukan sedikit udara yang segar semasa menunggu penumpang lain untuk turun di Lapangan Terbang Mainyang Nanjiao, wilayah Sichuan.

Chen yang berusia 25 tahun itu baru sahaja pulang dari Pulau Hainan dan berasa sedikit ‘sesak’ lalu membuka pintu kecemasan

Kongsi Chen : “Saya rasa rimas dan panas di dalam pesawat, kemudian saya tolak pemegang tingkap di sebelah saya. Apabila pintu kecemasan diturunkan, saya panik”.

Selepas membuka tingkap, keseluruhan dinding pesawat runtuh dan dia secara tidak sengaja telah mengaktifkan gelongsor penyelamat kecemasan.

Dia kemudian ditahan oleh pihak berkuasa untuk tempoh 15 hari

Chen didenda sebanyak 70,000 yuan (RM43,339) bagi menanggung kerugian yang dialami oleh syarikat penerbangan, lapor South China Morning Post. Selain itu, pemuda itu turut disenarai hitam daripada menaiki mana-mana pesawat selepas ini.

Syarikat penerbangan yang enggan didedahkan namanya berkata bahawa pihak mereka setuju untuk memberi kerjasama dalam siasatan berkaitan dengan insiden itu. Mereka turut menggariskan bahawa untuk setiap penerbangan, akan ada pramugara dan pramugari yang akan menjelaskan langkah-langkah keselamatan kepada para penumpang.

Namun, insiden ini bukanlah kali pertama yang melibatkan penumpang warga China. Mungkin anda masih ingat lagi akan kes di mana seorang wanita berumur yang melemparkan duit syiling pada enjin pesawat China Southern Airlines.

Menurut wanita itu, ia dilakukan atas dasar ingin ‘tuah yang baik’. Ekoran tindakannya, perjalanan pesawat berkenaan terpaksa ditangguhkan untuk beberapa jam serta menyebabkan 150 orang penumpang yang lain perlu dipindahkan.

Era Baru

Kategori:Asia INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...