Seorang juruelektrik di Long Beach, California dikatakan sedang melakukan kerja-kerja berhampiran dengan ‘power lines’ di sebuah kawasan perumahan apabila dia melihat dua biji belon tersangkut di pada wayar yang mempunyai kuasa elektrik.

Mujurlah, juruelektrik dan pasukannya telah memberi amaran kepada penduduk berhampiran supaya tidak ada yang cedera akibat letupan itu. Apa sebenarnya berlaku? Rupa-rupanya belon hari lahir yang disukai kanak-kanak juga boleh menyebabkan letupan sedahsyat itu!

Pada mulanya tiada apa yang mencurigakan, semuanya nampak normal dan tiada yang membahayakan. Namun sesekali kedengaran seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Selepas beberapa saat, belon tersebut meletup beserta dengan percikan api yang sangat besar. Bukan itu sahaja asap yang dihasilkan juga bukan asap biasa tetapi asap yang berwarna jingga.

Keadaan selepas beberapa saat kejadian letupan itu berlaku, asap putih mulai keluar menggantikan asap jingga yang ditiup angin.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds