Pesona, Ria, VIDEO

Anak ayam ini menetas dengan disaksikan oleh sekelas ‘bidan terjun’ cilik yang menyambut kelahirannya dengan lagu ‘Selamat Hari Lahir’!

Semestinya, anda tidak tersalah baca. Menerusi entri ini, anda akan menyaksikan suatu suasana yang sangat indah. Pernahkah anda melihat suasana kanak-kanak prasekolah menyambut kelahiran seekor anak ayam dengan menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ kepadanya? Jika anda pernah melihatnya, mungkin anda pernah menonton video ini. Namun, jika anda belum pernah menyaksikan suasana sebegini, mari tonton video ini bersama-sama. Ia pasti akan menceriakan hari anda!

Menurut Bustle, video itu mula dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menulis “kelas prasekolah ibu saya menyaksikan anak ayam dilahirkan dan kemudian menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadanya.”

Ia kedengaran sangat lucu, tetapi ia seperti meraikan setiap detik kehidupan dalam cara yang sedikit berbeza.

Pada mulanya, salah seorang kanak-kanak berbisik memberi semangat kepada telur yang hampir menetas itu dengan berkata “pecahkannya, pecahkannya, pecahkannya, pecahkannya, pecahkannya!” Seolah-olah dia menyokong pasukan kegemarannya.

Setelah beberapa saat diberi semangat oleh sekumpulan kanak-kanak ini, akhirnya anak ayam itu berjaya menetas dari telur dan dengan gembira dan terharu, kanak-kanak ini sama-sama menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir” bagi menyambut kedatangan anak ayam yang kecil itu.

Di akhir video, seorang kanak-kanak menyanyikan lagu dengan kata “cha-cha-cha” dengan suara yang agak kuat.

John Clyde, KSL-TV menyatakan bahawa “Anak lelaki saya yang tahun pertama telah membaritahu saya bahawa seorang kanak-kanak memberi amaran kepada rakannya agar tidak bersuara terlalu kuat kerana anak ayam itu masih lagi bayi.”

“Jadi, apa yang dikatakan oleh kanak-kanak itu? Bisikkan ‘cha-cha-cha’ dengan lebih perlahan.”

Bijak sungguh kanak-kanak ini. Mereka pasti begitu teruja kerana pertama kali melalui pengalaman ini. Comel!

Era Baru

Kategori:Pesona Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...