Peguatkuasa British telah menyita penghantaran haram 50 ekor buaya di Lapangan Terbang London Heathrow, kata Pasukan Sempadan United Kingdom.

Foto Reuters

Buaya air masin berusia setahun ditemui dalam lima kotak yang dilaporkan berasal dari Malaysia.

Buaya-buaya tersebut dilaporkan untuk dihantar ke sebuah ladang di Cambridgeshire, timur England, di mana mereka diternak untuk daging.

Haiwan-haiwan tersebut tidak dibungkus mengikut peraturan antarabangsa, menjadikan pengimportan itu menyalahi undang-undang.

Setiap kotak hanya mempunyai ruang untuk empat ekor buaya tetapi diletakkan sepuluh ekor buaya di dalam setiap kotak.

“Ia tidak boleh diterima untuk mengangkut reptilia dengan cara ini,” kata Grant Miller, Ketua Pasukan Sempadan Konvesyen Perdagangan Spesies Terancam Antarabangsa CITES di Heathrow.

“Buaya telah bergaduh satu sama lain semasa dalam penerbangan kerana ruang yang terhad.

“Kami akan merampas apa-apa yang melanggar peraturan CITES, ia sebagai amaran kepada mereka yang berfikir tentang mengangkut hidupan liar dalam keadaan sedemikian.”

Buaya-buaya itu ditemui pada 27 April. Seekor daripadanya telah mati dan yang lain sempat diselamatkan sebelum dibawa ke pusat perlindungan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds