Kebudayaan, Pesona, VIDEO

Suka melihat tarian singa? Anda pasti akan lebih teruja melihat tarian singa ini, sebuah persembahan yang cukup memukau!

Apabila bercakap mengenai Tahun Baru Cina apakah perkara pertama yang akan muncul dalam fikiran anda? Limau mandarin yang manis? Angpow? Atau mungkin tarian singa? Pasti ramai yang teruja melihat tarian singa di depan mata yang dipersembahkan di pusat-pusat membeli-belah, melihat gerak tari mereka diikuti dengan pukulan gendang dan alat muzik lain membuatkan suasana bertambah meriah.

Tarian singa adalah bentuk tarian tradisi budaya Cina di mana ada beberapa orang yang menyamar sebagai singa, meniru pergerakan mereka dengan didiringi dengan muzik yang dimainkan.

Apa yang paling memukau ialah melihat kostum yang digunakan mereka, warnanya bukan sahaja sangat cantik tapi ianya benar-benar mirip singa sebenar.

Persembahan yang penuh kreativiti dan keunikan tersendri, sangat menarik!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...