INSPIRASI, SAINS & TEKNOLOGI, VIDEO

Selepas terkandas selama hampir 6 bulan, akhirnya mereka dilepaskan ke Lautan Atlantik. Semoga selamat tiba ke destinasi!

Para ahli biologi dari Akuarium New England telah bertungkus lumus melakukan usaha menyelamat dan melepaskan empat belas ekor spesies penyu kembali ke Lautan Atlantik selepas spesies haiwan laut terancam ini telah terkandas selama hampir enam bulan di pantai Amerika Syarikat.

Empat belas ekor penyu ini ditemui terdampar dan terkandas di pantai Cape Cod, Massachusetts, Amerika Syarikat pada bulan November dan Disember tahun lalu dengan mengalami keadaan hipotermia yang teruk akibat cuaca sejuk sehingga mereka telah gagal meneruskan perjalanan migrasi ke selatan.

Kredit : New England Aquarium

Penyu-penyu ini telah dibawa ke hospital penyu laut di pusat Akuarium New England di Quincy, Massachusetts dan dirawat sehingga pulih selama beberapa bulan.

Para ahli biologi bertekad untuk melepaskan kesemua spesies penyu yang telah diselamatkan ini ke habitat semulajadi mereka tetapi masalah cuaca telah menjadi penghalang, di mana suhu di pantai Massachusetts masih terlalu sejuk dan akan membahayakan perjalanan dan keadaan kesemua penyu yang baru pulih ini.

Kredit : New England Aquarium

Penyu merupakan spesies haiwan laut yang sesuai hidup di dalam lautan bersuhu lebih tinggi dan akan membiak di kawasan tropika.

Oleh itu, kakitangan Akuarium New England dan para sukarelawan telah membawa kesemua penyu ini melakukan perjalanan yang jauh ke selatan iaitu di Florida dan melepaskan penyu-penyu ini di sana.

Kredit : New England Aquarium

Akhirnya kesemua empat belas ekor penyu ini telah berjaya dilepaskan ke Lautan Atlantik menuju ke habitat asal mereka. Semoga kesemua penyu ini akan sampai ke destinasi dengan selamat.

Lihat usaha keras dan murni kakitangan Akuarium New England melepaskan empat belas ekor penyu kembali ke habitat asal dalam video di bawah.

 

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...