Ekonomi, NASIONAL

Menurut laporan, separuh rakyat Malaysia memperoleh pendapatan bawah RM2,000 sebulan

Menurut laporan, separuh rakyat Malaysia memperoleh pendapatan bawah RM2,000 sebulan

KUALA LUMPUR – Laporan yang dikeluarkan oleh The Edge Markets baru-baru ini mendedahkan bahawa setengah daripada rakyat Malaysia pada hari ini hanya mendapat upah di bawah  RM2,000 untuk sebulan walaupun terdapat peningkatan upah semenjak tahun 2010.

Laporan itu yang bersumberkan data statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan bahawa setengah daripada rakyat Malaysia mendapat upah kurang daripada RM1,500 sebulan pada tahun 2010.

Oleh itu, pendapatan bulanan median meningkat purata 4.9% setiap tahun untuk mencapai RM2,000 pada tahun 2016. Rekod menunjukkan bahawa ia merangkumi 10.16 juta orang yang menerima upah di negara ini – di mana 83% adalah rakyat Malaysia, manakala 17% lagi bukan warganegara.

Di saat rakyat Malaysia menerima upah median sebanyak RM2,000 untuk sebulan, pekerja asing pula hanya meraih sebanyak Rm1,200 untuk sebulan. Secara kolektifnya, pendapatan median bagi kesemua 10.16 juta orang yang menerima upah di Malaysia ditetapkan pada RM1,703 sebulan pada tahun 2016.

Menurut laporan itu juga, penerima upah di Putrajaya menerima pendapatan median tertinggi di Malaysia (RM3,250), diikuti dengan Kuala Lumpur dan Selangor. Bagi yang terendah pula, ia direkodkan di Kelantan (RM1,200).

Berikut merupakan butiran upah yang diterima mengikut negeri, daripada yang tertinggi ke terendah :-

1. Putrajaya: RM3,250
2. Kuala Lumpur: RM2,500
3. Selangor: RM2,362
4. Johor: RM1,950
5. Negeri Sembilan: RM1,870
6. Pulau Pinang: RM1,800
7. Melaka: RM1,680
8. Perak: RM1,630
9. Perlis: RM1,630
10. Pahang: RM1,600
11. Kedah: RM1,500
12. Terengganu: RM1,500
14. Sarawak: RM1,350
15. Sabah: RM1,240
16. Kelantan: RM1,200

Faktor demografi turut diambil kira. Laporan menunjukkan hanya 32% daripada pekerja di negara ini menerima pendidikan tertiari, di mana 51% daripadanya merupakan golongan perempuan.

Apabila menyentuh perihal tahap pendidikan, terdapat jurang yang besar antara mereka yang menamatkan pengajian di peringkat tertiari dengan mereka yang sebaliknya.

Pekerja yang menerima pendidikan tertiari (32%) menerima kadar upah median sebanyak RM3,274 berbanding mereka yang tidak menamatkan sekolah menengah (54%) menerima upah sebanyak Rm1,600.

Di samping itu, mereka yang hanya menamatkan sekolah rendah (12%) mendapat upah sebanyak Rm1,200 manakala mereka yang tidak menerima apa-apa pendidikan (2%) mendapat upah median sebanyak RM1,000.

Sementara itu, kaum Cina (20.9%) menerima kadar upah median tertinggi di Malaysia berbanding dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia, iaitu sebanyak RM2,350. Hanya (54.4%) kaum Bumiputera menerima upah median sebanyak Rm1,931 diikuti dengan kaum India (6.9%) menerima RM1,709. Etnik lain-lain (0.6%) menerima RM1,575 seterusnya pekerja asing (17.1%) yang menerima upah sebanyak RM1,200.

Di sisi yang positif, wujud perbezaan yang kecil dalam kalangan pekerja berpendapatan daripada segi jantina. 62.9% daripada tenaga kerja terdiri daripada lelaki, yang mendapat pendapatan median RM1,721, manakala yang lain 37.1% terdiri daripada pekerja wanita yang memperoleh median RM1,685. Hal ini bermakna, wanita menerima RM0.98 untuk setiap lelaki yang menerima RM1.00.

Daripada aspek purata, purata pendapatan negara adalah lebih tinggi daripada median pada RM2,463 sebulan untuk tahun 2016, berbanding RM1,792 pada tahun 2010. Sungguhpun mereka yang berpendapatan terendah menerima kenaikan upah purata sejak tahun 2010 hingga 2016, namun kadar upah minimum masih lagi kekal pada RM1,000 sebulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM920 untuk Sabah dan Sarawak, sejak ia dinaikkan pada bulan Julai 2016.

The Edge juga mendedahkan bahawa terdapat kemungkinan kadar upah minimum akan dinaikkan pada tahun ini berikutan dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun lepas walaupun portal itu menunjukkan bahawa ia masih belum cukup untuk membantu kebanyakan rakyat mengatasi peningkatan kos sara hidup di negara ini.

Era Baru

Kategori:Ekonomi NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...