Pemandu lori membawa muatan penuh kayu balak itu, semestinya satu cabaran penuh ketika dia memutuskan untuk mengambil selekoh tajam dan sempit seperti yang dipaparkan pada video ini.

Situasi yang belum pernah difikirkan, bagaimana untuk memandu sebuah lori dengan muatan penuh setiap batang kayu balak dengan kepanjangan 16 meter? Cabaran yang dihadapi bukan sahaja kepanjangan kayu balak tersebut, tetapi faktor yang perlu dititikberatkan juga adalah seperti berat dan muatan batang pokok yang baru sahaja dipotong.

Terdapat jalan sempit dan juga selok belok tajam di sekitar bukit hutan. Walaupun anda melihat terdapat jalan yang telah dibuat, tetapi itu hanyalah untuk kenderaan kecil, bagi memudahkan petani membawa hasil tanaman mereka sebelum dihantar untuk dijual. Dilihatkan sebuah lori besar membawa muatan penuh kayu balak itu semestinya satu cabaran penuh bagi pemandu lori tersebut.

Keupayaan pemandu lori yang berjaya melintasi laluan sempit ini sangat mengagumkan, kerana ia memerlukan daya pemahaman tinggi seseorang untuk mengambil sudut ketika membelok.

Selain risiko daripada terbabas dan keselamatan individu, risiko terhadap kos pengangkutan juga adalah penting kerana kos kenderaan lori tersebut sangat tinggi. Dan sebab itu juga kenapa pemandu lori diiktiraf sebagai kerjaya profesional.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Kerjaya VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds