Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga mesra dengan panggilan Tok Ti. Penyanyi bersuara lunak ini baru sahaja melahirkan puteri sulungnya pada bulan lalu yang dinamakan sebagai Siti Aafiyah.

Bayi yang sangat comel persis wajah ibu bapanya.

Berita terbaru mengenai Tok Ti yang kini sedang hangat diperkatakan netizen adalah mengenai bentuk badannya yang kelihatan jauh lebih langsing berbanding sebelum ini.

Selepas habis berpantang, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat lebih langsing setelah memuatnaik beberapa gambarnya bersama bayi Siti Aafiyah di laman sosial Instagram. Dalam entri tersebut, Siti memaklumkan bahawa beliau dan bayinya telah menjalani pemeriksaan bersama di sebuah pusat perubatan.

Beliau turut memaklumkan bahawa berat badannya telah turun sebanyak 17.8 kilogram setelah lebih sebulan melahirkan Siti Aafiyah.

“Hari ini Aafiyah dan ibu check up sekali.. Apa yang tragis hari ini adalah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis.. Alhamdulillah, semuanya baik dan ibu turun berat sekarang 17.8 kg.. Banyak lagi kena turun ni!”.

Wah! Penurunan yang drastik! Patutlah Tok Ti kita kelihatan langsing dan menawan…

Penampilan baharu beliau membuatkan ramai pengikut dan peminat tertarik melihatnya. Malah, beliau turut berharap agar dapat menurunkan lebih banyak berat badan.

Jelas Datuk Siti, terdapat beberapa sebab yang membantu dalam proses penurunan berat badannya itu. Antaranya adalah kerana beliau menyusukan bayinya sendiri dan mengambil pakej pantang bertaraf lima bintang bagi menjaga segala keperluannya.

Berseri-seri wajah Tok Ti selepas melahirkan Siti Aafiyah. Bayinya juga kelihatan semakin comel.

Jangan terlalu cepat membesar ya Aafiyah…

Era Baru

Share
Kategori: Berita Hiburan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds