Anda pasti tahu filem apa yang sedang hangat ditontonkan di pawagam seluruh Malaysia ketika ini? Sudah tentulah filem aksi Avengers: Infinity War yang menampilkan banyak adiwira kegemaran ramai seperti Iron Man, Thor, The Hulk. Captain America, Black Panther dan ramai lagi.

Filem ini baru sahaja seminggu ditayangkan namun menurut laporan, ianya mendapat sambutan yang begitu hangat daripada para penonton seluruh dunia. Tidak hairanlah mengapa semua panggung wayang sentiasa dipenuhi dengan lautan manusia!

Baru sahaja ditayangkan pada minggu pertama, filem hebat ini telah berjaya mencatatkan kutipan sejumlah RM2.4 bilion sekali gus menjadi jumlah kutipan yang tertinggi dalam sejarah perfileman dunia!

Kredit: Express

Dua hari selepas tayangan filem adaptasi komik Marvel ini, kutipan sebanyak RM372.6 juta berjaya dikutip dengan Korea Selatan menjadi penyumbang terbesar sebanyak RM44.7 juta diikuti Australia sebanyak RM39.2 juta dan United Kingdom dengan RM34.9 juta. Sementara itu, penonton Malaysia pula telah menyumbangkan kutipan sejumlah RM10.98 juta pada hari kedua tayangan.

Dalam filem ini juga, seramai lebih daripada 20 adiwira ditampilkan dalam satu filem sekali gus menjadikan Avengers: Infinity War sebagai filem adaptasi komik yang paling besar pernah Marvel hasilkan.

Kredit: Video Blocks

Ianya menampilkan adegan pertempuran besar antara adiwira-adiwira ini dengan Thanos yang berakhir dengan satu penamat epik, pasti membuatkan anda mahu menontonnya sekali lagi.

Kejayaan besar Avengers: Infinity War secara langsung mendahului satu lagi filem yang menjadi bualan hangat penonton pada tahun lalu iaitu The Fate of the Furious. Sekuel kelapan filem berkenaan yang dibintangi oleh Vin Diesel, Dwayne Johnson, Gal Gadot, Ludacris dan ramai lagi bintang besar itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.07 bilion di seluruh dunia!

Kredit: Times of India

Di samping itu, filem adaptasi Marvel ini turut memecahkan rekod pembukaan hujung minggu tertinggi di Amerika Utara dengan kutipan pecah panggung melebihi RM978 juta di Amerika Syarikat dan juga Kanada.

Pencapaian hebat ini telah meninggalkan filem The Force Awakens daripada siri saga Star Wars di belakang dengan kutipan pembukaan hujung minggu sebanyak RM971 juta pada tahun 2015.

Sumber: ForbesKakiMuvee

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds