GAYA HIDUP, KESIHATAN, Resipi, VIDEO

Anda mahu cuba ubat batuk dan selsema yang enak ini? Tak susah pun hanya 7 bahan sahaja diperlukan!

Anda mahu cuba ubat batuk dan selsema yang enak ini? Tak susah pun hanya 7 bahan sahaja diperlukan!

Musim demam dan selesema melanda lagi memandangkan negara kita mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun.

Namun, takkan setiap kali dilanda sakit, kita perlu menghabiskan wang untuk mendapatkan rawatan di klinik dan ubat-ubatan yang bukan semuanya memberikan kesan kelegaan dengan cepat.

Jadi, apa kata anda ikuti tips jimat dan berkesan yang diamalkan oleh lelaki ini. Menurutnya, satu keluarga telah mengalami simptom batuk dan selesema. Oleh demikian, dia telah menghasilkan sendiri lozeng dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi bagi memberikan kelegaan pada tekak anda!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu kecil serbuk halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk cengkih
  • 1/4 cawan gula aising

Cara-caranya:

Pertama sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah memasukkan air, gula dan jus lemon ke dalam periuk kecil. Sebaiknya, gunakan lemon yang segar kerana jusnya mengandungi Vitamin C yang mampu melawan selesema.

Kemudian, masukkan sesudu penuh madu. Madu mengandungi bahan antibakteria yang berfungsi sebagai ubat batuk berkesan!

Akhir sekali, masukkan serbuk cengkih dan halia. Kedua-dua rempah ini boleh meningkatkan tahap sistem imun badan, melawan kesakitan, pening dan masalah pernafasan.

Setelah kesemua bahan dimasukkan, hidupkan api sederhana dan panaskan campuran ini sehingga mendidih. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan cecair ini mereneh selama 15 ke 20 minit.

Pastikan anda sentiasa mengacau campuran ini ya?

Sebaik sahaja adunan ini menjadi sedikit likat, tutup api dan sejukkannya seketika. Pada waktu ini, adunan akan berubah menjadi lebih likat, warnanya menjadi gelap dan melekit.

Kemudian, alaskan dulang anda dengan kertas pembakar atau kertas minyak. Sudukan cecair ini mengikut saiz 10 sen ke atas dulang.

Cara lain yang lebih bersih dan konsisten adalah dengan menggunakan beg paip. Namun, anda perlu berhati-hati kerana adunan masih lagi panas dan mungkin akan menyebabkan tangan anda melecur.

Setelah itu, biarkan lozeng anda menyejuk kira-kira 20 minit sebelum taburkan gula aising ke atas permukaan lozeng. Fungsi gula aising ini bukan sahaja untuk memaniskan lozeng tetapi juga untuk mengelakkannya melekat antara satu sama lain.

Siap! Lozeng yang sedap ini boleh dimakan sekiranya anda mengalami selesema dan batuk. Sedap pun sedap!

Anda juga boleh memasukkan lozeng ini ke dalam teh panas anda dan menghirupnya seperti biasa.

Tonton video cara membuatnya di bawah:

Sumber: Faith Tap

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...