Siapa kata wanita zaman sekarang lebih mementingkan kerjaya? Ada juga wanita yang mampu mengimbangi antara kehidupan peribadi dengan kerjaya profesional masing-masing di samping memiliki keluarga yang bahagia.

Lihat sahaja lima ibu muda yang bakal kami bongkarkan sebentar lagi. Kelima-lima wanita ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik tetapi juga muda, bekerjaya dan dikenali ramai!

Menjadi seorang wanita yang telah berkeluarga di usia yang muda bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, ianya tidak langsung menghalang wanita-wanita ini untuk meneruskan minat masing-masing dan menempa nama dalam bidang yang mereka ceburi.

1 – Hanis Zalikha

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti jelita ini. Hanis Zalikha bukan sahaja pandai berlakon tetapi beliau juga merupakan seorang usahawan dan kini baru berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan.

Hanis Zalikha yang merupakan isteri kepada pelakon dan pelagak ngeri, Hairul Azreen kini mempunyai seorang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar. Yusuf juga dikenali orang ramai rakyat Malaysia sekali gus menjadikannya sebagai salah seorang bayi terkenal di Malaysia.

2 – Diana Danielle

Diana Danielle merupakan pelakon dan kini mula menyertai bidang pengacaraan. Ibu muda yang menawan ini baru berusia 26 tahun tetapi sudah mempunyai dua cahaya mata yang comel bernama Muhammad dan Aurora.

Walaupun sudah beranak dua, isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Farid Kamil ini masih lagi kelihatan awet muda! Setuju tak?

3 – Amyra Rosli

Ini dia seorang lagi pelakon terkenal di Malaysia, siapa lagi kalau bukan si cantik manis, Amyra Rosli. Tahun ini, Amyra baru mencapai usia 26 tahun tetapi kelihatan sangat bahagia bersama keluarga kecilnya.

Hasil perkahwinan pasangan pelakon popular ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang comel bernama Aqeef Anaqi.

4 – Ameera Zaini

Ameera Zaini adalah seorang pengacawa, usahawan dan juga selebriti media sosial yang kehadirannya sentiasa menjadi perhatian ramai.

Dikurniakan dengan seorang anak lelaki bernama Mateen, populariti Ameera dan anaknya itu turut sama-sama naik dan digilai oleh netizen di media sosial.

Lihat sahaja kecomelan wajah Mateen, tidak hairanlah mengapa si kecil ini mempunyai ramai pengikut!

5 – Tya Ariffin

Tya Ariffin bukanlah seorang yang berstatus selebriti namun nama beliau tetap menjadi sebutan para netizen. Semua ini adalah kerana suaminya yang merupakan anak kepada Datuk K iaitu suami Siti Nurhaliza.

Anaknya yang comel ini dinamakan Arif Jiwa turut dikenali ramai seperti mana ibu dan bapanya. Siapa sangka, Tya baru berusia 23 tahun tetapi sudah mampu memiliki keluarga yang bahagia.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds