Seorang pemilik premis telefon di China ditimpa malang setelah sebuah kenderaan tiga roda merempuh kedainya pada Ahad lalu (22 April).

Insiden ini benar-benar mengejutkan ramai terutamanya pemilik kedai tersebut. Namun, mereka semua bukan terkejut kerana kerosakan yang dialami di bahagian hadapan kedai tetapi pemandu yang menyebabkan rempuhan tersebut.

Menurut laporan Daily Mail, kejadian rempuhan ini berlaku di sebuah kedai menjual telefon yang terletak di Jiangsu, Taixing dan menyebabkan hampir seluruh bahagian hadapan kedai seperti pintu dan kaunter ranap!

Anda mahu tahu siapa punya angkara yang menyebabkan insiden ini?

Sebenarnya, kenderaan tersebut adalah milik seorang penjual buah-buahan. Dia telah meninggalkan kenderaannya dalam keadaan enjin masih hidup sekali gus menyebabkan seekor anjing mengambil peluang berkenaan untuk menguji kemahiran pemanduannya!

Dikatakan anjing tersebut telah menekan pedal minyak sekali gus mengakibatkannya melanggar premis tersebut.

Dalam satu akhbar lain iaitu Sina melaporkan bahawa pemilik kenderaan itu telah membiarkan anjingnya duduk di bahagian pemandu sebelum meninggalkan anjing berkenaan.

Nasib baik, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Tetapi, anda wajib tonton video di bawah dan saksikan sendiri bagaimana seekor anjing boleh ‘memandu’ sebuah kenderaan!


Sumber: Daily Mail
Era Baru

Share
Kategori: Aneh Asia VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds