Anda ingin mengawasi keadaan persekitaran rumah dan sentiasa peka walaupun berada di luar rumah atau di tempat lain di dalam rumah tanpa berasa bimbang? Pilihan kamera IP CCTV mampu milik di bawah mungkin dapat membantu anda.

#1 Xiaomi Xiaofang 1s

Kredit : Rev Me Tech

Xiaomi Xiaofang merupakan salah satu pembekal kamera CCTV dengan harga berpatutan terbaik. Versi terbaru Xiaofang 1s yang baru dilancarkan pada awal tahun ini menambah ciri yang lebih baik dari versi terdahulu.

Kamera IP ini menjadi pilihan pengguna kerana harganya yang murah dan berpatutan bersama pelbagai ciri dan fungsi keselamatan pintar yang disediakan seperti pengesan pergerakan dan bunyi serta audio dua-hala.

Harga di pasaran : RM89.00  (Lazada)

#2 Xiaomi Mijia Da Fang

Kredit : KnowTechie

Kamera IP CCTV ini kelihatan lebih besar tetapi nampak cantik dan anggun. Xiaomi Da Fang memberikan kualiti imej yang lebih baik serta paparan imej waktu malam yang baik dengan ciri yang telah diubahsuai berbanding Xiaofang.

Da Fang memenuhi semua ciri dan fungsi kamera keselamatan pintar termasuk fungsi sebagai pembesar suara, di mana suara anda boleh didengari dari kamera IP sekiranya anda menghubungkan alat audionya pada telefon pintar.

Harga pasaran : RM109.00 (Lazada)

#3 AviCam

Kredit :  Avicam

Salah satu jenama terlaris Avivac Global, Avicam merupakan kamera pilihan dengan kos yang efektif bagi pengguna yang mahukan kamera keselamatan dengan fungsi pintar seperti sensor pergerakan dan penggera amaran.

Kamera keselamatan pintar ini amat mudah dikendalikan, dengan langkah pemasangan dan pengendalian yang boleh diimbas melalui kod-QR.

Harga di pasaran : RM129.00 (11Street)

#4 Jam Kamera Wistino WiFi 

Kredit :  YouTube

Salah satu kamera keselamatan yang tidak terlihat seperti kamera keselamatan di rumah dan ia boleh disembunyikan melalui jam pintar ini.

Jam kamera Wistino WiFi bukan sebarang jam yang biasa kerana ia boleh merakam pergerakan dan merekod video. Ia tidak akan menarik perhatian orang lain yang akan berwaspada selepas melihatnya. Apa yang penting tugas utama jam kamera ialah mengawasi rumah anda.

Harga di pasaran : RM139.20. Kad SD dijual berasingan dengan kapasiti simpanan berharga antara RM26.00 hingga RM116.00. (Lazada)

#5 GOQ Bulb Cam VR 360

Kredit :  Lelong

Kamera mentol lampu GOQ merupakan antara kamera keselamatan paling unik kerana ia mempunyai dua fungsi sebagai lampu pintar dan pada masa yang sama menjadi kamera yang mengawasi rumah, menyediakan sudut pandangan yang luas pada satu ruang.

Pemasangan kamera lampu ini amat mudah dan ia juga dilengkapi dengan pembesar suara dan mikrofon, jadi alat ini boleh digunakan sebagai alat interkom dua-hala bagi seseorang yang ingin berkomunikasi dengan seseorang yang sedang diawasi di dalam bilik atau ruang yang berkenaan.

Harga di pasaran : RM115.00 (Lazada)

#6 Kamera Yi Home 

Kredit : Talk Android

Pemasangan kamera IP Yi Home amat mudah, dengan pengendalian menggunakan applikasi yang mesra pengguna.

Kamera Yi Home ditawarkan dalam pelbagai ciri seperti amaran bayi menangis, rakaman video pengiktiraf-isyarat anggota badan, serta audio dua-hala yang membolehkan pengguna berinteraksi melalui applikasi yang dipasang pada bilik yang diawasi.

Harga di pasaran : RM159 atau RM199 jika disertakan dengan kad SD 32GB . (Lazada)

#7 Yi Dome Home

Kredit :  Ensmartech

Dengan kamera IP Yi Dome Home, anda akan dapat mengawasi rumah dengan pandangan keseluruhan ruang pada waktu siang dan malam, asalkan anda telah meletakkannya pada lokasi sudut pandangan yang sesuai.

Sekiranya memori dalam kad SD telah kehabisan, Yi Dome Home disediakan dengan ‘Yi Cloud’ melalui platform servis cloud, yang menyediakan servis merakam kandungan video tanpa had, bagi mengelak risiko kehilangan rakaman video.

Harga di pasaran : RM275 atau RM299 bersama kad SD 16GB. (Lazada)

Mana satu pilihan kamera IP CCTV mengikut kemampuan anda? 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds