Menurut akhbar NST, pelancong yang bakal membuat perjalanan ke selatan Jepun telah diminta untuk menangguhkan perjalanan mereka disebabkan oleh penyebaran penyakit demam campak yang berlaku di Jepun dan Taiwan.

Segalanya bermula apabila seorang kru penerbangan bagi pesawat Tigerair Taiwan telah dijangkiti penyakit berjangkit semasa berada di Thailand. Bagaimanapun, dia hanya menyedari akan keadaan itu pada hujung bulan.

Kredit: Airliners Gallery

Disebabkan situasi tersebut disedari agak lewat, pesakit telah pun menjangkiti dua lagi kru kabin yang lain sewaktu penerbangan ke Jepun. Kedua-dua kru berkenaan kemudiannya telah menyebabkan jangkitan kepada individu lain dan wabak ini merebak secara berterusan.

Di samping itu, penyakit berjangkit ini juga dikatakan telah merebak ke Okinawa yang merupakan destinasi pelancongan popular dalam kalangan warga Taiwan. Kini, wabak ini terus merebak sehingga ke bahagian utara Jepun memandangkan banyak kes di mana penduduk jatuh sakit di sekitar Nagoya.

Kredit: Taiwan News

Pada 20 April lalu, media Jepun melaporkan terdapat 67 orang pesakit yang dicatatkan telah dijangkiti demam campak dan majoriti daripada mereka dikatakan terlibat dalam industri pelancongan memandangkan mereka kerap berinteraksi dengan pelancong.

Penyebaran wabak ini turut mengakibatkan banyak sekolah di Okinawa terpaksa ditutup!

Bagi mengelakkan situasi ini menjadi lebih parah, Kementerian Kesihatan Jepun telah mengeluarkan arahan kepada orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum melancong ke kawasan yang dijangkiti.

Kredit: Blogspot

Pada masa yang sama, kerajaan Hong Kong turut dilaporkan sedang meneliti situasi ini dan menyarankan pengambilan suntikan vaksin bagi mencegah wabak ini daripada terus tersebar.

Sehingga kini, wabak berkenaan dikatakan telah menyebabkan lebih 3,500 rakyat di Kaohsiung, Taiwan terpaksa dikuarantin. Walaupun demam campak tidak begitu menjejaskan tahap kesihatan orang dewasa, wabak ini adalah satu virus yang boleh menyebabkan kematian dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Malah, ia juga boleh menyebabkan keguguran!

Kredit: Blogspot

Jadi, berhati-hati dan sila ambil langkah pencegahan seperti yang telah disarankan. Anda pasti tidak mahu wabak ini melanda negara Malaysia pula bukan?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds