Pengguna dari negara China membuat tempahan pembelian 80,000 durian dalam masa seminit menerusi promosi jualan dalam talian baru yang dilancarkan dengan kerjasama Kerajaan Thailand sebagai salah satu inisiatif membantu melariskan jualan produk negara Asia Tenggara melalui internet.

Kerjasama yang dibuat di antara Kerajaan China dan Thailand telah melantik syarikat gergasi e-dagang Alibaba Group untuk membantu menjana ekonomi digital negara Thailand yang meliputi bidang e-dagang, logistik digital, pelancongan dan latihan kemahiran digital.

Sebelum pelancaran rasmi laman e-dagang Tmall yang telah dibuat pada hari Khamis (19 April 2018) yang lalu, sebanyak 80,000 durian Monthong ( bantal  emas) seberat 200,000 kilogram telah ditempah dalam masa  60 saat oleh pembeli di China sehingga bekalan yang penghabisan pada hari Rabu. Alibaba menandatangani perjanjian penjualan durian dengan Kerajaan Thailand selama tiga tahun berjumlah RM1.86 bilion.

Kredit : MyNewsHub

Menurut Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Alibaba Group, Jack Ma, “China kini berada dalam landasan untuk menjadi pengguna terbesar di pasaran dunia yang telah dipacu pertumbuhan pesat oleh golongan kelas menengah yang kini telah bertambah kepada 300 juta orang.”

Kerajaan Thailand dilaporkan telah meminta Jack Ma membantu mempromosikan produk tani dan pelancongan negara tersebut dengan memanfaatkan segala kemudahan platform teknologi digital. Jack Ma telah membuktikan kehebatannya dengan menjual 80,000 durian dalam masa seminit, sehari sebelum pelancaran laman e-dagang Tmall dibuka dengan rasmi.

Kredit : MyNewsHub

Dalam laman e-dagang Tmall, pesanan untuk 4.5 hingga 5 kilogram durian Monthong ditawarkan dengan harga RM124.80 termasuk caj penghantaran dan cukai. Laman web Tmall mendakwa sebanyak 2 juta durian telah dijual menerusi platform tersebut setakat ini. Di Asia Tenggara, durian dikenali sebagai Raja Segala Buah, walaupun bau dan rasanya amat tidak menyenangkan bagi sesetengah orang.

Alibaba berkata, pengguna China telah membelanjakan wang mereka sebanyak RM4.76 trilion dengan membeli barangan secara dalam talian pada tahun 2017, dengan makanan sebagai penyumbang utama.

Sumber : New Straits Times / South China Morning Post

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia BISNES GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds