Seorang ibu yang kehilangan anaknya kerana lemas akibat ‘dihempap’ anak patung beruang yang besar semasa tidur menasihati para ibu bapa lain agar menjauhi alat permainan dari tempat tidur anak.

Dexy Leigh Walsh telah menemui bayi perempuannya, Connie Rose yang baru berusia 18 bulan tidak bernyawa semasa ingin mengejutkan anaknya itu.

“Saya bangun untuk mengejutkan anak sulung ke sekolah. Kemudian saya pergi mendapatkan Connie dan melihat dia berada di bawah anak patung beruang besar itu”.

Menurut Dexy, Connie ditemui mati ketika tidurnya di bawah anak patung beruang yang diletakkan di atas katil bayi berkenaan. Tujuan Dexy meletakkan anak patung berkenaan adalah sebagai penghalang agar anaknya tidak terjatuh dari katil.

Sambil cuba memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut, ahli keluarga lain menghubungi bantuan perubatan. Sebaik sahaja bantuan tiba, mereka cuba melakukan rawatan kepada bayi berkenaan namun gagal.

“Saya berlari masuk ke bilik dan memeluknya. Saya terus memeluknya dan berharap dia akan membuka mata, memegang saya atau apa-apa sahaja”.

Dexy, 23 tahun benar-benar tidak menyangka kejadian ini akan berlaku kepada keluarganya. Malah, kita sendiri pasti terkejut mendengarkan mengenai berita ini. Di usia 18 bulan, biasanya permainan anak patung bukanlah sesuatu yang boleh membahayakan nyawa seseorang kanak-kanak.

Namun apakan daya, malang tidak berbau…

Justeru, pengalaman paling perit dalam kehidupan Dexy ini haruslah dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua. Dexy telah melancarkan satu kempen menerusi media sosial termasuk mengedarkan risalah kepada orang awam bagi memupuk kesedaran tentang bahaya alat permainan di atas katil bayi.

“Saya hanya mahu orang ramai sedar bahawa benda yang anda gunakan untuk memberi keselesaan kepada bayi boleh menjadi sesuatu yang berbahaya”.

Sumber: BBC

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds