Rasa manis pada gula itu sememangnya sedap, dan apa sahaja makanan yang menggunakan gula pasti akan berasa lebih lazat. Namun begitu, gula adalah penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi manusia sekira pengambilannya tidak dikawal.

Pada zaman ini, ramai yang tidak menyedari mereka telah mengambil kandungan gula yang berlebihan dalam badan, dan ada yang menjadi ketagih untuk mendapatkannya setiap hari seperti meminum kopi, minuman manis dan berkarbonat serta memakan manisan seperti kek dan kuih.

Di bawah adalah 9 tanda pada tubuh badan yang menunjukkan anda telah mengambil kandungan gula secara berlebihan, dan itu menunjukkan anda perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan pengambilannya.

#9. Sakit otot dan sendi

Kredit :  depositphotos

Apabila anda melakukan aktiviti biasa, tetapi otot dan sendi berasa sakit, itu adalah petanda badan anda telah memberi amaran proses keradangan sedang berlaku di dalam badan.

Kandungan gula yang tinggi dalam diet akan membuat sel imun merembes mesej keradangan di dalam darah yang cuba untuk meleraikan protein yang terikat pada molekul glukos.

Apabila reaksi kimia ini sering berlaku, akhirnya ia boleh membawa seseorang mendapat penyakit artritis, dan juga katarak, penyakit jantung, memori yang lemah dan kulit yang berkedut.

#8. Sentiasa mahukan makanan yang manis dan bergula

Kredit :  frankie cordoba / unsplash

Apabila kandungan gula yang tinggi berada di dalam darah ia akan melepaskan kimia dikenali dopamine pada sistem otak, yang akan membuat mood anda bertambah baik.

Otak melihat gula itu sebagai penyelesai masalah yang baik, lalu anda berfikir mahu mendapatkan makanan bergula dan manis dengan lebih banyak lagi. Dan ini akan memudaratkan tubuh badan, kerana ia tidak memberi nutrien yang berguna.

#7. Tenaga menjadi tidak menentu, sekejap bersemangat dan kemudian menjadi lemah

Kredit : Wavebreakmedia / depositphotos  /Wavebreakmedia / depositphotos

Glukos di dalam badan bertanggungjawab membekalkan tenaga di dalam badan, dan kandungan gula perlu berada pada tahap yang betul di dalam badan.

Jika gula diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan pankreas akan melepaskan insulin yang membantu glukos melepaskan tenaga secara berlebihan sehingga ia kehabisan. Akibatnya anda berasa sungguh bersemangat dan apabila tindakbalas ini berhenti, anda berasa lemah kembali, dan badan anda mahukan lebih banyak gula.

#6. Masalah berkaitan kulit yang kerap

Kredit : Brightside

Apabila gula berada pada tahap berlebihan pada badan, ia akan menyebabkan tahap insulin meningkat dan berlaku proses glikasi atau peleraian ikatan gula kepada molekul protein. Dalam proses ini, ia akan menyebabkan keradangan atau otot yang bengkak serta masalah kulit.

Insulin yang meningkat akhirnya akan menambah tahap lemak pada kulit sehingga kulit kelihatan berminyak serta mengaktifkan proses keradangan. Jadi, apabila muka anda dipenuhi jerawat, itu tandanya anda telah memakan gula secara berlebihan.

#5. Berat badan bertambah

Kredit : aboikis / depositphotos

Salah satu kesan yang ketara apabila anda mengambil gula secara berlebihan ialah pertambahan berat badan. Tahap gula yang tinggi di dalam badan akan meningkatkan tahap insulin yang menyimpan lemak berlebihan pada bahagian perut berbanding bahagian badan yang lain. Itu sebabnya apabila anda makan makanan bergula secara berlebihan, perut akan menjadi buncit.

#4. Masalah pergigian

Kredit :  marishu / depositphotos

Makanan dengan gula berlebihan membawa kepada masalah pergigian terutama anda tidak memberus gigi dengan betul selepas memakan makanan manis. Makanan bergula yang tertinggal di celah-celah gigi boleh menyebabkan plak gigi dan gigi berlubang.

#3. Akan menolak makanan jika ia tidak manis

Kredit :  Dionisvera / depositphotos   / juliannafunk / depositphotos   / belchonock / depositphotos

Apabila anda sudah terbiasa memakan makanan manis, anda akan bertindak menolak makanan lain sekiranya ia tidak memenuhi selera anda yang sukakan makanan yang manis. Bagi anda manisan itu lebih baik daripada buah-buahan. Ini akan memudaratkan kesihatan anda kelak sekiranya ia dibiarkan. Oleh itu, mulai hari ini, sila kawal pengambilan makanan yang bergula tinggi itu.

#2. Masalah batuk dan selsema secara berulang

Kredit : AllaSerebrina / depositphotos

Pengambilan gula yang berlebihan akan menghalang sistem imun bertindak dengan berkesan daripada bakteria yang datang apabila anda sakit. Sistem imun akan bekerja dengan glukos dan tidak dengan vitamin C sekiranya anda mengambil gula yang banyak di dalam makanan.

Glukos tidak mempunyai kuasa untuk melawan bakteria. Oleh itu sistem imun anda akan menerima padahnya, dan anda sering sakit. Oleh itu, amat penting anda memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan nutrien dan vitamin dan elakkan pengambilan makanan bergula tinggi.

#1. Masalah kembung perut dan penghadaman

Kredit :  RomarioIen / depositphotos

Makan dengan kandungan gula berlebihan akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa dan menjadi kembung. Gula adalah unsur yang sukar diserap dengan baik di dalam saluran usus dan perut. Akibatnya ia akan menghasilkan bakteria yang mengandungi gas. Keadaan ini yang telah menyebabkan perut anda menjadi kembung dan menghadapi masalah penghadaman.

Apakah sukatan pengambilan gula yang betul untuk tubuh badan?

Kredit :  Vinicius Amano / unsplash

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kandungan gula yang sepatutnya boleh diambil oleh manusia setiap hari ialah kurang daripada 10% atau kurang daripada 7 sudu dalam diet seharian. Lebih kurang daripada itu adalah lebih baik untuk kesihatan. Jadi kurangkan pengambilan gula dalam diet anda.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds