Anda seorang perokok? Atau memiliki keluarga atau kawan-kawan yang suka merokok? Lihat eksperimen ini sehingga habis, lihat keputusannya dan ubahlah tabiat tidak baik itu!

Eksperimen ini telah dijalankan dengan menggunakan 30 paket rokok yang mengandungi 600 batang rokok. Sebuah bekas kaca dan tiub palstik juga digunakan sebagai simbolik kepada paru-paru dan trakea kita. Bekas kaca berkenaan sebelum itu dilubangkan terlebih dahulu supaya rokok dapat dimasukkan.

Tiub kemudian dimasukkan ke dalam bekas kaca dan rokok mula dibakar satu persatu. Selepas beberapa ketika, warna kapas sudah mulai berubah, makin gelap dan hitam akhirnya menjadi warna coklat gelap yang kotor.

Bukan sahaja kapas yang menerima kesan tetapi bekas kaca, tiub dan penutup bekas juga menerima kesan yang sama. Semuanya berubah menjadi kotor dan sangat berbeza dengan sebelum eksperimen dijalankan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds