Berapa ramai antara anda yang sering memandu kenderaan dengan laju? Melebihi had yang ditetapkan? Anda masih beruntung jika tiada kemalangan yang berlaku, tetapi bagaimana pula jika tiba-tiba brek kereta anda tidak berfungsi ketika kereta anda sedang dipandu laju?

Keadaan itu bukan sahaja membahayakan nyawa anda malah turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Tiada yang mahu kemalangan berlaku, tetapi malang tidak berbau. Seperti yang boleh anda lihat dalam video ini, ada seorang wanita yang sedang membuat laporan tentang kenderaannya yang bergerak laju tanpa dapat dikawal.

Jika dilihat keretanya sedang dipandu dalam keadaan yang sangat laju, hampir 180 km/j sehingga dia terpaksa memotong kenderaan lain dengan cara yang bahaya.

Tedapat tiga cara yang boleh dilakukan untuk berhadapan dengan situasi ini. Pertama sekali anda boleh menggunakan brek kecemasan dengan menarik brek tangan kereta.

Tetapi masih ada risiko yang perlu anda hadapi sebaik sahaja anda menarik brek tangan berkenaan. Kereta anda akan menjadi lebih sukar untuk dikawal dan ada kemungkinan kereta akan terbalik mengakibatkan kemalangan yang lebih teruk.

Seterusnya ialah dengan mematikan enjin kereta.  Sebaik sahaja enjin dimatikan secara automatik stereng kereta anda akan terkunci membuatkan anda tidak boleh membelok dan mengawal kereta anda. Ada kemungkinan anda mungkin akan terlanggar kenderaan di hadapan anda.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengawal keadaan ini tanpa melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa? Tonton video ini hingga tamat untuk mendapatkan jawapannya!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Automobil VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds