Pada 14 April lalu, satu kejadian yang mengejutkan telah berlaku di Singapura apabila seorang lelaki menggunakan taktik licik untuk mencuri telefon pintar iPhone 7.

Menerusi rakaman kamera pengawasan litar pintas (CCTV) di CityLink Mall, lelaki berkenaan yang merupakan seorang penghantar makanan Uber Eats telah mencuri sebuah telefon pintar jenama iPhone yang berada di atas kaunter dengan cara menyembunyikannya di bawah kotak piza.

Setelah menyedari kejadian itu, pemilik restoran berkenaan yang dikenali sebagai Tiara telah menghubungi STOMP untuk menyebarkan butiran terperinci dan rakaman kejadian berkenaan.

“Lelaki berbaju biru itu masuk ke restoran untuk mengambil tempahan daripada pelanggan tetapi dia juga ‘mengambil’ iPhone 7 saya.”

Menurut Tiara, lelaki berkenaan pada awalnya telah keluar daripada restoran tersebut. Namun, selepas kira-kira 30 saat, dia kembali semula dengan tujuan untuk mencuri telefon milik Tiara yang ditinggalkan di atas kaunter.

Lelaki itu telah meletakkan telefonnya di atas telefon milik Tiara lalu meminta Tiara menukarkan beg kertas kepada beg plastik bagi mengalihkan perhatiannya. Dia kemudian meletakkan kotak piza di atas kedua-dua telefon tersebut supaya Tiara tidak menyedari perbuatannya.

Sebaik sahaja Tiara selesai membungkuskan makanan ke dalam beg plastik, lelaki itu berlalu pergi bersama bungkusan makanan dan juga telefon Tiara.

Tiara juga telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan telefonnya kembali namun gagal. Dia cuba untuk menjejaki telefonnya menerusi aplikasi Find My iPhone tetapi tidak berjaya. Malah, dia juga menghubungi lelaki berkenaan menerusi nombor telefon yang diperoleh daripada Uber Eats tetapi tidak diendahkan.

Buat masa ini, laporan polis telah dibuat dan kes sedang disiasat dengan lebih terperinci. Semoga Tiara berjaya mendapatkan kembali telefonnya dan lelaki itu pula? Haruslah dikenakan hukuman yang wajar!

Sumber: SAYS

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds