Rakaman klip menunjukkan  seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Bajau Laut menyelamatkan perahu karam telah menular di serata media sosial dan juga laman web dengan tontonan hampir 1.3 juta penonton.

Seorang gadis Bajau berasal dari Sabah mempunyai keistimewaan lain yang tidak diketahui umum khususnya ketika berkaitan dengan laut.

Di dalam video berdurasi selama 1:56 itu, sebuah perahu kecil dilihat telah karam apabila air memasukinya hingga seorang wanita dan tiga kanak-kanak kelihatan terapung-apung di dalam air.

Kanak-kanak perempuan Bajau tersebut kemudiannya bertindak pantas menggunakan kemahirannya yang tersendiri untuk mengeluarkan air dalam sampan tersebut dengan cara mengimbangkan badannya ke kiri dan ke kanan sehingga air di dalam perahu itu habis keluar ke lautan semula.

Setelah itu dengan cepat dan tangkas beliau terjun ke laut untuk ke pelantar kayu untuk mengambil pendayung dan menuju semula ke perahu.

Selepas itu dia turut membantu salah seorang kanak-kanak memasuki semula sampan tersebut.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds