Jepun memang terkenal dengan budaya sopan santun yang sangat tinggi. Mereka juga sangat berlemah lembut dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira siapa pun. Lihat sahajalah bagaimana mereka melayan pelanggan mereka di kedai-kedai makan, atau di pasar raya. Tidak hanya itu kesopanan mereka juga jelas boleh dilihat di lapangan terbang.

Sebelum ini ada video yang tular, menunjukkan bagaimana pekerja lapangan terbang Jepun menyusun bagasi penumpang kapal terbang dengan sangat teratur dan sopan sehingga ada yang mengatakan mereka menjaga bagasi penumpang lebih baik daripada tuan punya bagasi itu menjaga bagasi mereka.

Sekali lagi, pekerja di lapangan terbang Jepun membuktikan bahawa rakyat Jepun memang baik hati. Video ini menunjukkan seorang pekerja lapangan terbang yang membersihkan setiap bagasi yang keluar sebelum bagasi itu dituntut oleh pemilik mereka.

Tidak semua lapangan terbang menyediakan ‘perkhidmatan’ seperti ini dan tidak semua pekerja juga mahu melakukannya. Ianya mungkin kelihatan kecil tetapi kesannya amat besar!

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds