Teknik cetakan melalui air ini sungguh mengagumkan, lebih-lebih lagi apabila imej yang dicetak itu tidak mempunyai sebarang cacat celah.

Sedar tak setiap barangan yang kita guna seperti pelindung telefon, cawan dan juga topi keselamatan dihiasi dengan corak yang menarik agar sesuai dengan citarasa anda? Pernah terfikir bagaimana mereka melakukannya tanpa menggunakan sebarang mesin pencetak canggih?

Kini terdapat teknik mencetak yang dipanggil “pemindahan air”, corak akan diletakkan pada permukaan air dan boleh digunakan untuk meletakkan corak pada pelbagai objek.

Dengan meletakkan kertas pemindahan ke atas permukaan air sebagai perantaraan. Ia terdiri daripada bahan polimer khas, diikuti tiga lapisan. Lapisan yang di bawah adalah sebagai kertas asas diikuti lapisan perantara dan seterusnya lapisan paling luar yang diliputi dakwat khas yang melekit.

Corak dan imej dakwat bercetak yang mengandungi pelekat akan larut pada air sebagai perantara, dan kemudian secara sendirinya lapisan kertas akan dilarutkan. Teknik ini amat penting bagi proses pemindahan imej kepada melalui proses tindakan hidrolisis.

Walau bagaimanapun, proses cetakan ini juga boleh menghasilkan corak yang berubah tidak seperti yang diinginkan. Contohnya, imej senget atau pun pecah jika tidak berhati-hati.

Era Baru

Share
Kategori: Automobil INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds