Bagi yang memelihara anjing anda pasti tahu bahawa anjing anda bukan sahaja bijak dan lucu malah mereka juga adalah antara haiwan peliharaan yang paling setia. Mereka juga adakalanya suka memerhatikan gerak-geri anda dan meniru apa yang anda lakukan. Setiap hari mereka akan menunggu tuan mereka pulang dengan begitu setia di depan pintu.

Seperti dua ekor anjing ini mereka juga sepertinya sangat setia menunggu kepulangan tuan mereka setiap hari. Bukan itu sahaja mereka juga seakan-akan mempunyai pergerakan yang sama antara satu sama lain. Mungkin mereka telah dilatih oleh tuan mereka, membolehkan setiap pergerakan mereka adalah sentiasa seiring .

Jika salah seekor antara mereka berdiri, seorang lagi dengan automatik akan turut berdiri, jika seekor lagi duduk, seekor lagi turut akan mengikuti langkah tersebut. Setiap pergerakan mereka adalah sama sahaja. Mereka memang kawan yang baik!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds